Cuaca panas dan kering
ketika ni. Even di dalam rumah pun terasa bahang panasnya. Apatah lagi jika
berada di luar rumah, berjalan di bawah matahari yang terik. Tadi sempat
shopping beli barang dapur. Keluar dari kedai cepat-cepat masuk dalam kereta.
Panas. Tekak sentiasa rasa kering. Cuaca panas sebegini membuatkan diri rasa
tak selesa.
Lagi parah apabila cuaca
panas dan kering berlarutan hingga pertengahan bulan Mac ini. Wah…lama lagi tu.
Ada 14 hari lagi. Proses pembenihan awan giat dijalankan. Moga-moga turunnya
hujan dalam masa terdekat ni. Lagi kesian pada kawasan yang takde air. Huhu…sabor
je la. Praktikkan cara menjimatkan air, agar air dapat dimanfaatkan semaksimumnya.
Cuaca panas melampau mengundang kebakaran hutan
Duhai rakyat Malaysia yang
sudah mencecah 30 juta penduduk di Malaysia, jagalah kesihatan diri. Elakkan
dari terdedah di bawah sinaran matahari yang panas. Ketahuilah, heat stroke atau strok haba sudah mula menyerang di kala cuaca panas sebegini.
Definisi strok haba dan suhu normal badan
Strok
haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi
40.5 darjah Celsius.
Suhu
normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celsius.
Tanda awal terkena strok haba | heat stroke:
“Sakit
kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan
nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit
kering dan kemerahan, sawan serta pitam” - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah
Sumber: Kosmo
Jaga diri bebaik. Jaga kesihatan
orang tersayang. Moga sama-sama kita sihat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita :)
bahayanya strok haba ni
Kena jagalah kesihatan. Banyakkan minum air.
Jga kesihatan diri dan kluarga sbaik mgkin ♥
T kasih atas peringatan Yumida.. mmg kena jaga kesihatan di musim panas ni...
Thanks for the great tips, we should take good care during this drought season.
banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti riadah..
baca kat blog kak mia..
Semoga dijauhkan...
yup betoi strok haba memang bahaya..jadi cubalah kurangkan terdedah kepada cuaca yang panas nih dan banyakkan minum air masak..
Assalamualaikum yang, merata tempat ada kesan kebakaran skrg. risau betul nak keluar sebab kereta kami aircond rosak. nak hirup udara segar macam risau gila Y_______Y
Assalamualaikum dik...kat mana2 kita dengar kebakaran...dan dengar jer strok haba boleh membawa maut..rasa takut pulak keluar ke tempat yang terlalu terdedah ni..
nauzubillah.. kalo ada tanda2 tu cpt2lah pegi check ... risaunye...
kalau ada tanda2 baik trus gi cek..takut nnt merebak kan
sama2 jaga kesihatan. Cuaca tak menentu macam2 boleh jadi..