Strok Haba | Heat Stroke - Berwaspadalah!

Cuaca panas sekarang ni. Nak keluar rumah pun rasa malas. Diramalkan cuaca panas dan kering ni berlarutan sampai pertengahan Mac ni nanti. Fuh! Lama tu… Terbaca berita kat internet, rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering sekarang ini.

Definisi strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

Strok Haba | Heat Stroke  - Berwaspadalah!, Strok Haba, Heat Stroke, tanda Strok Haba, punca Strok Haba, bantuan  pesakit Strok Haba, kesan Strok Haba

Tanda-tanda awal menghidap strok haba atau heat stroke ialah:
Sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Kesan strok haba atau heat stroke ialah:
Suhu tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Punca mendapat strok haba atau heat stroke ialah:
Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Cara memberi bantuan kepada mereka terkena strok haba atau heat stroke ialah:
Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.

Saranan buat semua di musim cuaca yang kering dan panas:
Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
Sumber: Berita Harian

Haaa, dah tahu cuaca panas so jagalah kesihatan kita. Sentiasa berehat di tempat teduh. Minum air suam banyak-banyak. Moga terhindar dari terkena strok haba atau heat stroke. Sama-sama kita jaga kesihatan kita dan orang sekeliling kita.

Musim panas dan kering sering dikaitkan dengan kemarau. Then, dikaitkan lagi dengan ketiadaan air. Macam baru-baru ni, catuan air peringkat kedua telah dilancarkan. Pelan pengagihan bekalan air berjadual peringkat kedua ni melibatkan 260 kawasan dan 431,617 pintu rumah. So, jom ketahui cara menjimatkan air di rumah.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

19 comments

kenak byk2 minum air time kedak tok. huhu

mmg ramai kena demam nnti,
tapi orang malaysia kira bernasib baik sebab dh biasa dgn cuaca panas disini,

bru lepas baik demam n batuk teruk..turun 2 kg trus..skrg giliran housemate plak..sian dia, dapat dari sy la tu..huhu

musim demam batuk sekarang nie

time cuaca panas2 ni, elok kurangkan aktiviti luar. baru la x kena heat stroke.

peluang nak ambil MC ni. eh? hehehe..

wah 1st time dengar stroke haba ni... lately ni mmg cuaca bahang... kena banyak minum air...

banyakkan minum air ketika cuaca panas sekarang ni.. bahayanya stroke haba..

cuaca panas boleh di serang dengna penyakit nie ..bahaya

Terima kasih atas perkongsian info ni. Tak banyak yang tahu kes ni sebenarnya.

Terima kasih atas perkongsian info ni. Tak banyak yang tahu kes ni sebenarnya.

Strok haba ??? Ini ptama kali zara tau.. sharing yg mnarik sis ! Trima kaseh. Mmg bperap jaaa kat ruma ni ngan suami musim panas skang. If perlu jaa kluar ruma trutama weekend laa. Kalo masa keja.. xda laa nk kluar tgahrii.. makan dalam ofiss jaa. Lg pon ada bawa bekal dr rumaa kn.. xperlu laa kluar bli mknn.. huhu..

Banyakkan minum air kosong

Assalamualaikum yang , first time dengar ni. thanks share ilmu ~~~

Assalamualaikum dik Yumida...Strok Haba..bahaya ni...kena banyakkan meminum air kosong ni...

sama2 amalkan minum air masak byk2... tp kalo cuaca panas mesti nk minum air sejuk kan.. haihh... kena beringat la kan...

Minum air masak banyak2 pada cuaca sekarang ni..

Assalamualaikum
Supplemen Untuk Stroke, Jantung dan Kanser http://liyanasonestop.blogspot.com/2014/05/supplemen-untuk-stroke-jantung-dan.html

terima kasih atas perkongsian. =)
http://ainaez.blogspot.com