Program TUBE: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

 Bermacam program disyorkan oleh pihak kerajaan untuk membantu belia membina peluang perniagaan. Yang terbaru yang aku baru baca, Program TUBE. Baru je tahu melalui berita dalam tv semalam. Yang syoknya, program ni diberi tajaan sebanyak RM10 juta. Wooo…banyak tu! Sape yang terpilih untuk program ni memang untung laaa…

Program TUBE: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, 3 fasa program tube

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebagai sokongan kepada usahawan muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata program berkenaan terbahagi kepada tiga fasa yang mana syarikat yang berjaya melepasinya akan dianugerahkan geran sebanyak RM15,000 untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

3 fasa Program TUBE:
Ketahanan Jati Diri melalui latihan fizikal dan mental
Bengkel Perniagaan Asas
 Pelaksanaan Perniagaan Pesat

Peserta Program TUBE: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan dibimbing oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan panel SME Corp selama 12 bulan.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

19 comments

Jom kita rebut peluang ini :)

Untuk usahawan muda. Boleh galakkan ramai lagi berbisnes.

Woah ! Nice sharing sis. Zara bru tau pasal program tube ni.. smalam xda tgk brita ~.~

Assalamualaikum dik Yumida...macam best jer pasal Program Tube ni...terima kasih atas perkongsian ini dik...

wah bestnya.. thanks for the info..=)

http://myartcrafting.blogspot.com

bagus program spt nie dpt menarik anak muda menceburkan diri dlm bidang prniagaan

wahh bestlah.. mcm mana nak join nih? huhu

Assalamualaikum. kena cebur bidang perniagaan baru boleh join program ni kan? alaa bestnya ~~~

Wahh... peluang yg menarik & sgt baik utk memajukan perniagaan.. Thanks sharing Yumida.. :)

Saye budx lepasan spm . Saye dh mule berniage ttp saye dpt tawaran smbong bljr diploma kejutetaan pembuatan pemesinan . Korg rase mne lg bgos ? Bisnes tro or smbong bljr dulu ye ? Mohon bantuan .

Saye budx lepasan spm . Saye dh mule berniage ttp saye dpt tawaran smbong bljr diploma kejutetaan pembuatan pemesinan . Korg rase mne lg bgos ? Bisnes tro or smbong bljr dulu ye ? Mohon bantuan .

bg saya better further study dulu
coz sekarang ni education sgt penting
lepas habis study blh apply program ni

srnknya..mmg bagus usaha kerajaan ni..semua nih sbg membantu anak muda yang minat berniaga tapi xde modal..lgpn skrg persaingan amat sengit dlm mencari kerja..