MH370: Misi SAR di Lautan Hindi mencabar!

Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar hari ini.

Pakar yang terbabit dalam operasi berkenaan memberi amaran bahawa tiada jaminan operasi terbesar yang membabitkan enam negara di kawasan mencari berkenaan akan berjaya menemui semula bangkai pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, zon pencarian di selatan Lautan Hindi di kawasan seluas 2,500 kilometer dari barat daya Perth itu adalah kawasan terpencil dan kemungkinan pesawat Boeing 777-200ER itu terhempas di situ.

“Secara dasarnya, lautan berkenaan terkenal dengan keadaan ribut kencang dan ombak kuat. Manakala ketika musim sejuk, ombak mampu mencapai sehingga 10 ke 15 meter,” katanya. – AFP
Sumber: Berita Harian

Klik LINK VIDEO ini untuk menyaksikan cabaran ombak besar dan mengganas di Lautan Hindi.

Moga dipermudahkan pencarian. Daku hanya mampu berharap dan berdoa. Moga misi SAR dengan kerjasama beberapa buah negara menemui penyelesaian. Kehilangan MH370 yang begitu misteri. Walaupun kini sudah mencecah belasan hari. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

11 comments

harap-harap kotak hitam berjaya dijumpai.

Seram jak rupa lautan ya.. Giney nda dak nya mok cari. Huhu.. Dah la dalam..

memang sgt merbahaya..mudahan usaha akan berhasil

memang mencabar kerja mereka

moga Allah mempermudahkan segalanya ~amin~

semoga urusan dipermudahkan...bukan senang nak rentas laut yang dalam dan luas..

Assalamualaikum. semalam sheila tengok video ni. Allahuakbar. takut sangat tengok ombaknya T____T"

Assalamualaikum dik Yumida...seram jer tengok lautan hindi ni...semoga segala usaha pemcarian di permudahkan olehNya..

x terbyg rasanya kalo kita yg tenggelam dlm lautan yg mcm ni.. nauzubillah...