Cara menjimatkan air

Air sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air, maka terjejaslah kehidupan seharian kita. Jom ketahui cara bagaimana untuk menjimatkan air.

Laporan berita dari Kosmo bertarikh 01/03/2014
Seramai 2.2 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terbabit catuan bekalan air bermula esok hingga 31 Mac ini berikutan paras air di semua empangan di Selangor kini pada tahap kritikal. Catuan air peringkat kedua kini dilancarkan! Pelan pengagihan bekalan air berjadual peringkat kedua itu melibatkan 260 kawasan dan 431,617 pintu rumah.


air bantuan dari syabas, tiada air, catuan air
Penduduk mengambil air dari lori tangki Syabas



CARA MENJIMATKAN AIR


TANDAS
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

SINKI
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

TAMAN
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubah suai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

DAPUR
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

GARAJ
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA LAIN MENJIMATKAN AIR
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Tips penjimatan air yang sangat diperlukan di musim kering dan kemarau ni. Gunakan air dalam kuantiti diperlukan. Jangan membazir menggunakan air. Bila air tiada, baru kita sedar akan kepentingan air dalam kehidupan kita. Yeah…selamat mempraktik cara menjimatkan air.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

22 comments

Mmg kena berjimat air ni lebih2 lagi bila catuan dah bermula.. T kasih atas perkongsian tips ini ye.. :)

Memang berguna sangat tips nie :)

basic yang selalu di ambil mudah. Jom ramai2 berjimat cermat

tips memang banyak. tapi paling penting, sikap orang2 di Malaysia ni yang perlu ada kesedaran. Takut masih banyak membazir

nang penting aek tok... sikda aek sikpat mok mandik.. hehe...

memang kena jimat, kalau tak.. errmm setitik air amat berharga bila air dah takde nanti..

Mmg kena lebihkn pjimatan air ntuk waktu2 genting mcm ni..

Kawasan akak kena catu air..kesian..pengguna yang jadi mangsa..harga tong air, baldi naik sekali ganda..

Ya bok nya...
Nang pake pengajaran kita bersama... Di public area mala ja aku ada nangga paip x ketat... Meleleh ja aek... Nok x bgus nya kita tok sik lalek... Patut kita pun kenak la tlg ketatkn paip ya waima bkn kita polah nya gia... Iboh ditandah aek terbazir...

Nice tip...boleh dipraktikkan...

banyaknya tips.. bagus-bagus. Sekarang kene berjimat cermat memandangkan paras air di empangan rendah

Assalamualaikum yang, tips yang berguna. skrg ni memang berjimat cermat. hari2 masak air untuk cover minum.. hmmm

Assalamualaikum dik...sekarang ni musim kemarau harga air kat mana2 pun naik....kita sebagai penguna haruslah amalkan sikap berjimat cermat..

air ni mmg kena sentiasa berjimat.. bkn masa tgh ssh sekrg ni pun .. kan..

air trsangatla penting..tanpa air kering kontangla kita

Sama2 jimatkan air. Bertolak ansur sesama masyarakat..

nasib baik kat sabah. air stabil :)

air panas bagus apa kak sheila hee

memang kena belajar cara menjimatkan air nih..makin byk kwsn yg tlibat dgn catuan air disebabkan kemarau yang melampau skrg nih..

memang bagus la sha. hehhee ;p