Tangkuban Parahu di Bandung, Indonesia

Menuju ke Tangkuban Parahu ni ala-ala nak ke Cameron Highland. Kawasan pergunungan. Sejuk! Juga mengambil masa sekitar 1 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Rasanya Tangkuban Parahu ni tempat yang famous untuk dilawati. Mana taknya setibanya di sana, ramai dah pelancong kat situ. Orang Indonesia, Malaysia, Jepun, Taiwan, orang putih semua ada! Budak-budak sekolah pun ada.

Tangkuban Parahu ni terkenal dengan Kawah Ratu. Tempat meletusnya gunung berapi. Kelihatan kawah yang sangat-sangat besar! Masa kami ambik gambar kat situ, keluar asap bolerang. Yang bau ala-ala mercun tu dari permukaan tanah.
  
Kawah Ratu

Kawah Ratu indonesia
Kawah Ratu yang glamour. Menjadi Tumpuan pelancong. Kelihatan asap bolerang. Nampak macam kabus.

Tangkuban Parahu di Bandung, Indonesia
Lokasi santai dan tempat mengambil gambar di Tangkuban Parahu 

Kalau datang ke Tangkuban Parahu, jangan terkejut. Coz sentiasa ada penjaja barang yang ingin menjual barang. Ada bermacam barang! Keychain, fridge magnet, sarung tisu, topi, rantai, tasbih, kopiah, gelang erm banyak la. Pandai-pandai la tawar-menawar. Mereka jugak yang jadi tourist guide memperkenalkan sejarah Tangkuban Parahu. Pasal aktiviti letusan di Kawah Ratu.

Oh ya, lawatan ke Tangkuban Parahu dikenakan bayaran. 75000 rupiah per seorang. Means 1 kepala di caj sebanyak RM21.40. Depend dengan tukaran wang asing. Yang ni, pakai rate 3500 rupiah masa tukar duit hari tu. 1000 rupiah = RM0.29
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

18 comments

murahnya nilai matawang indon 1000 rupiah=0.29sen

wah...pernah ke sini suatu ketika dahulu...sungguh cantik dan menawan.

pertama kali dan terkhir pegi tym honey moon pas kawen 2012.. hope ada rezeki nk ke indon lagi.. hehe. Masa kitaorg pegi sna, mmg sesak.. masa lagi cuti kan, mmg ramai pelancong.. fuuhh.. penjaja pon siap kejar2 ngan kita org smpai kat van..

eh kawah tu berkabus mcm lukisan jer deqla tgk... reral ke tu yumida?? huhu...cantik..

Assalamualaikum yumida. wahh bestnya.. singgah menabung ford sini ~~~

selamat pagi
singgah pagi

Menarik lokasi ni. Luar biasa dan unik! Maklumlahkan...kat malaysia mana ada gunung berapi. Jauh perjalanan luas pandangan.. :)

Ohhhh rindu bandung -.- bestt sgt dtg sini . Strawberry dia diorg jual sgt sedap!

tempat yang ingin dikunjungi.....

Masuk kat sini kena pandai tawar menawar. Fuza masuk sini tiket RP13K aje sebab depa ingat Fuza orang Sunda.hehehe.
Tu caj untuk orang tempatan

mohon pendapat.
Klik http://fuzamusa.blogspot.com/2014/03/cheque-cash-out-status-hilang-dari.html

Macam bestttt ;D

Alahai...seronoknya gi sana...

seronoknya tgk tmpt nih..pegi indon blh la jadi jutawan jap..hehehe..

Assalamualaikum dik Yumida...bestnyer jalan2...dulu Diana pun macam tu terasa mahal sangat harga barang bila sebut ribu2...rupanya murah jer..hehe...

Best.. dulu ada movie ttg tangkuban parahu ni... nice sharing Yumida.. :)

salam kenal salam ziarah

cerita lagenda tangkuban perahu mmg sangat menarik dan mistikal :D

seronoknya bila dah ke sana kan :)