Kesan kontroversi terhadap Hanez Suraya

Sebut sahaja nama Hanez Suraya. Sepantas kilat ianya mengingatkan aku pada Fazura dan juga kes kontroversinya dengan suami orang. Pernah tersiar dalam Melodi, pengakuan seorang isteri bernama Liyana Manan mengenai hubungan antara Hanez Suraya dengan suaminya (Romie). Sehingga kini, kisah kontroversi ini masih menjadi bualan ramai. Malah, kehadiran Hanez Suraya di dada media juga turut dikecam hebat oleh peminat.

Kesan kontroversi terhadap Hanez Suraya, gambar Hanez Suraya, Hanez Suraya bercinta dengan suami orang, kontroversi Hanez Suraya
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun
Kisah kontroversi 2014: Pemusnah rumah tangga/ sebagai orang ke-3

Dalam sidang media bulan lalu, Romie menjelaskan, punca permohonan cerai dibuat isterinya tiada kena mengena dengan orang ketiga. Penjelasan itu bagaimanapun tidak meredakan kebencian dan kemarahan mereka yang bersimpati dengan isteri Romie, Liyana Manan.

Berikutan peristiwa itu, Hanez Suraya nekad menarik diri dengan membatalkan beberapa aktiviti seni yang dipersetujui sebelum ini, termasuk pembabitannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013). Keputusan itu dibuat bagi mengelak kejadian buruk berlaku, terutama apabila banyak ugutan diterima daripada mereka yang tidak diketahui identitinya.

Dalam pada itu, timbul lagi kontroversi kontraknya sebagai duta jenama satu produk makanan kesihatan turut dibatalkan, namun tiada pengesahan daripada pihak Hanez mahupun pengeluar produk berkenaan.

Penerbit drama pentas Projek Kahwin juga dikatakan mahu menggugurkan nama Hanez Suraya sebagai pelakon utama, namun pihak terbabit menjelaskan, perkara itu belum dibincangkan, malah Istana Budaya berharap barisan pelakon asal dikekalkan. Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Hanez Suraya berkata, dia kini menanti kata putus daripada penganjur.

“Isu timbul apabila saya menarik diri dari beberapa projek, termasuk menjadi penyampai untuk ABPBH2013. Bagaimanapun, saya tidak pernah menarik diri daripada pementasan Projek Kahwin. Namun, jika ia bakal memberi kesan dan mempengaruhi jualan tiket, saya sedia melakukan perkara sama. Begitupun, penerbit dan pihak Istana Budaya minta saya meneruskan pembabitan, tetapi saya tidak berani mengesahkannya. Saya faham jika digugurkan, penerbit mempunyai alasan kukuh. Projek Kahwin membabitkan pementasan besar dan belanja tinggi. Tentu mereka mengharapkan ia memberi pulangan. Saya tidak mahu pembabitan saya menyebabkan orang lain mendapat masalah,” - Hanez Suraya

Kata Hanez Suraya, dia turut menolak beberapa tawaran drama, terutama yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat.

“Saya sedia maklum, sekarang bukan waktu terbaik untuk muncul dalam mana-mana drama dan apa juga aktiviti. Selagi isu ini tidak reda, selagi itu saya akan mendiamkan diri. Biar saya hadapi masalah ini sendiri dan seboleh mungkin saya tidak mahu disebabkan saya, orang lain terpalit sama. Bayangkan jika drama lakonan saya diboikot, ia pasti memberi kesan kepada pelakon lain. Saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku dan jalan terbaik, biar saya berehat seketika,” - Hanez Suraya
Sumber: Harian Metro

Sebagai artis atau public figure, kisah kontroversi sebegini pastinya memberi impak yang besar dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila kes itu dikaitkan sebagai seorang pemusnah rumah tangga. Sejauh mana kebenaran kontroversi ini, tidak dapat diketahui, kerana masing-masing menafikan punca keretakan rumah tangga antara Romie dan Liyana Manan. Hmmm…moga diselesaikan dengan cara yang baik dan bertanggungjawab. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

13 comments

Assalammualaikum...yumida,

Kontroversi membawa kesan yg negatif dalam kehidupan artis..

mselim3

pengajaran kat wanita2 lain : jangan kacau suami orang lain.. -___-

Assalammualaikum sis.. mcm2 dunia retis ni kan.. mm.

nO KOMEN.. hahaha retis2... banyak lagi kerja lain boleh buat

Assalamualaikum dan Salam singgah ahad dik Yumida...jadilah seorang artis yang bisa di jadikan contoh untuk peminat dan orang ramai...

memang susah kehidupan sbg artis nie..

hmm.. no komen... deqla kureng sikit retis malaysia ni..kohkohkoh...

susah nak cakap...x tau kebenarn kat mana

hope ia jadikan pengajaran.......

Semoga semuanya menjadi iktibar dan pengajaran. Mereka je lebih tahu apa yang terjadi.

Assalamualaikum. taktahu nak komen apa. hehehe ;p

macam2 hal la diorang nie..xpelah itu tak penting sangat...MH370 lagi penting