Inilah cetusan karya yang aku hasilkan pada tahun lepas. Actually,
malu nak tayang kat semua orang. Haha… Cerpen ini pernah aku hantar dalam
sebuah pertandingan cerpen anjuran
seorang novelistar terkemuka. Tapi tak menang. Huahuahua…sila gelak. So,
dengan lapang dadanya nak share kat korang. Kalau korang free, kalau korang tak
kisah baca 688 patah perkataan,
jemput baca semua.
-Wokeh…cerpen bermula!-
Cerpen: Super Jenap
Super Jenap mempunyai kuasa
luar biasa! Super Jenap gemar membantu masyarakat setempat. Kelebihan yang ada
padanya digunakan dengan sebaiknya. Orangnya ayu bertudung dan berperwatakan
menarik. Menggayakan tudung manik berjuntai dan berkilauan merupakan senjatanya
dalam melawan musuh. Dia juga memiliki tangan yang tangkas dan laju dalam
membuat sesuatu kerja. Tiupan mulutnya sederas tiupan angin kencang. Musuh amat
gerun menatap anak matanya kerana boleh menukar mereka menjadi kaku. Malah
goyangan badannya boleh menguji kebenaran seseorang. Hasil perkahwinan antara
orang biasa dengan bunian, Super Jenap sememangnya hebat dan luar biasa.
Tinggal
di daerah Riang Ria menjadikan Super Jenap sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan. Setiap
hujung minggu, pasti adanya kenduri. Super Jenap amat diperlukan dalam
aktiviti masak-memasak. Tangannya
tangkas dalam mengupas bawang, memotong ayam, ikan dan daging. Sehingga dia
dikenali sebagai ‘tangan kipas’. Masakan Super Jenap bukan sahaja sedap malahan
berkhasiat. Pernah suatu ketika, Super Jenap diupah oleh orang kaya menggunakan
perkhidmatannya sahaja sebagai katering, dengan bayaran $10 juta dalam
penyajian makanan untuk tetamu mereka. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Super
Jenap, kerana baginya sesuatu kenduri itu hendaklah diadakan secara
gotong-royong. Jadi, aktiviti kemasyarakatan ini akan mengeratkan hubungan
sesama mereka.
‘Kringggg!’, Super Jenap
menerima amaran kecemasan. Lantas, Super Jenap bergegas ke tempat kejadian.
Hasil makluman daripada orang awam terdapat kegiatan rompakan yang berlaku di
suatu premis perniagaan. Dengan berkerjasama pihak polis, Super Jenap
memikirkan strategi untuk menumpaskan kumpulan perompak. Dimaklumkan perompak
adalah seramai 7 orang dan mempunyai senjata api dan parang. Malahan, mereka
telah menahan 3 orang awam yang dijadikan sebagai tebusan. Situasi yang
kritikal ini menyulitkan usaha dalam menumpaskan perompak.
Super Jenap menawarkan diri
kepada pihak polis untuk menjadi perunding dengan perompak. Kerana diberikan
kepercayaan penuh oleh polis, tawaran Super Jenap dipersetujui bersama. Dengan
berhati-hati Super Jenap melangkah masuk. Kehadiran Super Jenap disedari oleh
salah seorang perompak lantas menyasarkan senjata ke arahnya. Super Jenap
berjaya mengelak serangan itu lalu melemparkan manik-manik tudungnya ke arah
perompak tersebut. Lemparan yang kuat itu telah menyebabkan perompak itu cedera
parah lalu terjatuh.
Situasi yang kelam kabut itu
telah menarik perhatian perompak lain. Super Jenap memberikan amaran kepada
perompak agar menyerah diri dan melepaskan tebusan lain. Namun, amaran itu
disahut dengan bunyi bedilan senapang. Tembakan itu telah mengenai batang paip
gas dan mengundang kebakaran. Asap mula keluar berkepul-kepul. Super Jenap
tangkas menggunakan senjata maniknya dan berjaya mencederakan beberapa perompak
lain.
Seketika, terdengar jeritan
warga tua. Super Jenap menoleh, seorang perompak cuba menetak warga tua
tersebut. Dengan sekuat hati Super Jenap meluru dan merempuh ke arahnya.
Lantas, Super Jenap menjegilkan matanya lalu membeku perompak itu menjadi kaku.
Api mulai marak. Super Jenap
berusaha mengeluarkan tebusan dan menyerahkan perompak dengan pihak polis. Di
luar, pihak bomba cuba memadamkan api. Api yang kian marak itu mula menyambar
ke premis-premis berdekatan. Dengan kuasa tiupan angin kencang yang dimiliki
oleh Super Jenap. Dia segera membantu pihak bomba. Super Jenap mengumpul segala
kekuatan lantas menghembus sekuatnya ke arah api tersebut. Dalam masa 5 minit,
akhirnya kebakaran itu berjaya dibendung.
Semasa sesi soal siasat,
pihak polis berdepan dengan kesukaran mencari punca pencerobohan premis. Polis
meminta bantuan Super Jenap untuk mencari penyelesaian. Super Jenap mengesyaki
pengawal keselamatan bersekutu dengan perompak. Pada awalnya, segala pertuduhan
di sangkal oleh pengawal itu. Namun, akhirnya ia terdedah dengan taktik
goyangan badan Super Jenap. Yang mana cara ini dapat menguji kebenaran
seseorang. Pesalah telah dibawa ke muka pengadilan.
Musim tengkujuh telah tiba.
Hujan turun tanpa henti telah menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air. Sedang
leka Super Jenap menyediakan sarapan pagi. Dia dikejutkan dengan berita runtuhan
tembok di sekitar berdekatan. Runtuhan tembok ini telah memecahkan banteng
banjir lalu mengundang air melimpah deras ke kawasan itu. Super Jenap segera
mencapai besen besar untuk membantu mereka yang terperangkap dengan banjir. Dia
yang dikenali dengan ‘tangan kipas’, membuat kayuhan tangan selaju bot pecut. Super
Jenap menyelamatkan penduduk tempatan dan memindahkan mereka ke kawasan yang
lebih tinggi.
Super Jenap semakin popular
dengan kebaikan hatinya yang suka menolong orang ramai. Banyak pingat telah
dianugerahkan kepadanya. Malah, dia juga telah dicalonkan oleh penduduk
tempatan sebagai wakil rakyat. Pada Mei 2013, Super Jenap telah memenangi
banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum. Akhirnya, beliau dilantik sebagai wakil
rakyat Daerah Riang Ria. Bermulalah era pemerintahannya dan rakyat hidup dalam
harmoni dan aman.
-Tetttt! Habis daaaa-
So, apa komen korang? Komen jujur,
telus, ikhlas itu lebih baik. Mungkin boleh memperbaiki skil penulisanku. Al maklum
la, penghayatan jiwang amat kurang. Lebih ke jiwa rock kapak. Aaaaa? Panjang sangat?
Tacing i tau..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
29 comments
Ok la mampu gak wat cerpen nak 1 perenggan pn blm tau lg mampu ke tidak..... Nak jumpa Super Jenab tu Yumida.....;-)
berjaya dah nie
#nw besan tiga segi
Wah, cerpen terbaik... Nanti try la buat novel tau :)
kira ok yumida pandai mengarang..perlu diperbaiki skill penulisan tu..kasi mantap ehehe..menabung cne visa
kalo saya, mungkin 130 patah perkataan je kot. huahuahua
owh terbaikkk menarik jln cerita nyaa .. cuba Cik Yumida buat cerita cinta lak manalah tahu kot leh buat ramai yg tertarik he3 :)
wah berbakat sebagai penulis hebatni....kejayaan xdiukur dari kemenangan...kadang penghargaan kawan2 juga senilai kemenangan...
pandainye tulis...rietta xsempat abis baca lagi...nnti ptg smbung baca dirumah...sebab menarik minat rietta...nak baca smpai abis jugak jugak...
Assalamualaikum yanggg. menarik juga cerpen pendek awak ni ~~~
bakat sastera ada disini rupanya. Kenit kalau karang cerpen pendek gini boleh takat 3 baris ayat je kot ahaha. Keep it up dear :)
Assalammualaikum...yumida,
karangan dalam ok.. boleh dibaiki lagi.. moga yumida boleh jd 'penulis cerpen" di blog satu hari nanti siapa tahu kan.. TERBAIK.
mselim3
pls: dahulu mselim3 suka baca cerpen gak... ehhehe.
Berbakat menulis cerpen...bila akak baca..akak pun rasa macam super jenap..hehehe..
Yumida ada talent...teruskan menulis, mana tau satu hari nanti bakal menjadi novelis terkenal??? Pas tu terus adaptasi dalam slot Akasia... *_^... Akak support, teruskan menulis yer???
boleh wat animasi ni...
Comel laa nama "super Jenap" hehhe..
dah abis bca...menarik dan kreatif...
kretip jugak yumida ni kan.. hihi.. salute la mampu tulis panjang2 cenggitu
tahniah dengan bakat yg sedia ada...
Salam Yumida,
Jalan cerita dan plot menarik....Idea untuk tulis cerpen yang 'lari' dari kisah-kisah cinta ni memang bagus..bukan saya nak kata cerpen cinta tu tak bagus.. dah rasa agak muak baca cerpen dan novel cinta yang terlalu fairy tales dengan watak heroin yg terlalu perfect. Good approach tau, Yumida... boleh diperbaiki lagi cara penulisan tu... i loike! :)
owhhh tahniah :> berjaya juga menulisnya walaupun tak menang
Baguslah.. ada tarikan.. boleh lah buat lagi & compilekan utk terbitkan buku nanti.. all the best Yumida.. :)
Yumida kena byk belajar skill menulis cerpen lg..In Shaa Allah nnti blh menang.. dulu ms study penah jugak menulis, tapi xabis..tetiba perasaan nak menulis timbul balik bila baca entry Yumida nih.. nak sambung citer lama yang tulis xabis tuh laa.. jalan citer masih ada.. cuma kena kembangkan citer yg ada..hehehe...
Salam, kepada rakan blogger yang berminat untuk membuat produk review sila emailkan ke admin@clinicell.com.my
Terima kasih.
p/s : sorry tumpang komen di sini ya. :)
teruskan usaha dik,,ada bakat sayang pulak diketepikan...
hihi.. super jenab eh.. wahh hebakk eh dia.. tahniah.. at least yumida berjaya siapkan cerpen.. deqla ni x penah cuba pun menulis cerpen tp menulis puisi tu penah la, masok pertandingan dlm ruangan majalah pesona.. menang tmpt pertama tp sygnya hadiah depa x bagi pun.. snyp mcm tu jer.. huhuhuu...
Assalamualaikum dik...cukup berbakat adik Yumida dalam bidang penulisan...semoga berjaya dalam bidang penulisan dan teruskan usaha..
tahniah. Munirah sampai sekarang pun x pandai nak buat cerpen2 ni. x pandai nak karang ayat panjang2..
Super jenab...tajuknya catchy...