Belum pun selesai kisah penemuan badan pesawat MH370, Jumaat lepas timbul lagi insiden perlanggaran pesawat MAS dengan sekumpulan itik. Yang mana
menyebabkan penutup lensa lampu pesawat pecah. Alhamdulillah, tiada insiden buruk
berlaku.
Hari ini! Kedengaran lagi kisah kemalangan pesawat di udara.
Ianya membabitkan pesawat milik Malindo Air.
Penerbangan Malindo Air OD1804 dari Subang ke Kuala
Terengganu berlepas dari Subang pada pukul 7.35 pagi membuat pendaratan
kecemasan. Malindo Air terbakar selepas berada 7000 kaki di udara. Kapten Wong selaku
juruterbang bertindak mendarat semula di Subang apabila terbit isyarat kebakaran. Pesawat ATR-72 600 Malindo Air mendarat cemas di Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Enjin
kiri terbakar 5-7 minit sewaktu berlepas dari Subang. Pesawat mendarat
dengan selamat. Kesemua 49 penumpang
dan 4 anak kapal berada dalam keadaan selamat. Sebahagian penumpang terdiri
dari pasukan Terengganu FA. Dek peristiwa itu, kesemua penumpang dipindahkan ke
penerbangan yang lain.
Sumber: Buletin Awani saluran 501
Alhamdulillah, tiada insiden buruk berlaku. Gerunnya, bila
pesawat yang dinaiki mengalami tragedi seperti di atas. Sure panik dan seriau
especially penumpang yang dapat melihat api marak melalui sayap enjin.
Dikhabarkan salah seorang penumpang berkongsi pengalaman detik-detik cemas bersama
penerbangan Malindo Air. Nantikan kisahnya di next entry.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
Assalamualaikum dik Yumida...terkejut juga baca tadi kat FB...syukur Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat..
Alhamdulillah selamat :)
Nampaknya syarikat penerbangan perlu lebih serius dalam memastikan kapal terbang mereka selamat untuk terbang....
Alhamdulillah selamat.. :)
tkejut dgr brita ni kelmarin.. nasib smua nya oke.. dan sempat buat turnback.
Assalamualaikum.. alhamdullilah. semuanya selamat. dengarnya ada pemain bola terengganu dalam pesawat ni
Lagi kisah kapal terbang...
agaknya dah x ramai nak naik pesawat sekrg ni.. takot...huhu..tp itulah, smuanya Allah yg tentukan...
alhamdulillah semuanya selamat..rasa trauma nak naik kapal mcm nie