Ada di
antara kita peminat nanas? Kalau ya, bagus! Sebab apa..sebab nanas mempunyai
banyak khasiat.
Gambar nanas
Jom
ketahui apakah khasiat nanas.
Khasiat nanas | Manfaat nanas | Kelebihan nanas:
Nanas
mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan
daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak
dan menguruskan badan.
Buah
nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air
kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning.
Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan
membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang
mengandung.
Nanas
dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan
hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat
dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati
dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang
protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ
mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini
mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Jus nanas
ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah
kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga
berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah
nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta
hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini
juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah
pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Sumber:
Wikipedia
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
32 comments
lya suka makan cicah dgn sambal kicap :)..emm terasa
memang banyak yumida...& Kita suka makan nenas Serawak yang manis..
nanas ker nenas kak hehehe
kurang sikit dengan nenas ni... tak suka rasa gatal kat lidah bila malan nenas...
sedapnya..gud sharing..:)
nyum3x.. suka sgt mkn nenas smpi gatai lidah baru berhenti ;)
Assalamualaikum. selama ni taktahu pun ada khasiat yang bagus pada nenas. tak pernah amik tahu. hehe nice sharing dear ~~~
selama ini ingat nanas tak bagus...
selamat bercuti...
sekarang nak pi cari nanas cicah kicap ...hihi mengidam pulak
blogwalking...selamat berblogging.
mama nak kurus dulu makan nenas.. gila kurus.. hihi, perasan..
Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...suka makan kalau buahnya manis...tapi kalau masam tak berapa suka...hehe..
P Bandung Nenas dia sedap..cuba lah
Nenas buat masak kuah lemak pun sedap tu... :)
Nanas buat arca sedap tu
suka makan dengan rojak. baru kawwwww!!
Org ckp mkn nanas nie tajam...
boleh la makan tp tak suka sgt.. rojak buah br makan..
Kalau mengandung xleh makan nanas kan........???
Kuah rojak Mak Bee.........;-)
nanas memang tajam...boleh gugur anak dalam kandungan.
banyak kelebihan nenas nie...suka buat ice blend campur nenas...letak yougurt skit...
nanas....rietta yang manis rietta suka...yang masam rietta biasa letak gula...hehehe...
saya suka makan nenas, kat kg banyak hehe
sama here. saya pun kalau makan nenas pandai gatal lidah hehe
same here. tapi walaupun gatal lidah saya tetap suka hehe
mana mana pun boleh hee
Zara suka nenas ! Yehhh.. kita geng.. muahaha..
ok kne beli buah pastu blend minum segar.
sejak kawen, deqla mmg x mkn nenas dah.. org kata tajam.. betul ke? tp x dinafikan byk khasiat nenas ni...
ohh ya ka..xtau pun..dlu masa sek ren mmg suka makan nenas nih..lepas gatai lidah trus kureng nak makan nenas nih..tapi nenas memang sedap..