Tepat jam 12 tengah malam menandakan
waktu dinner aku malam tadi. Habis jam 12.18 pagi. Ada la sekitar 18 minit aku
melantak sorang diri. Menunya nasi putih + ikan goreng + udang rebus. Erkkk kenyang..alhamdulillah.
Dah selesai makan, patutnya tidur. Tapi
perut tengah full tak selesa dan pastinya tak dapat nak lelapkan mata. Aku pun
menarik laptop dan menaip ketika waktu itu. Sekarang ni la..tup tup tup bunyi
keyboard laptop ditekan.
Biasa aku makan malam jam 8 malam. Tapi
memandangkan aku dah makan keropok lekor jadi perut aku pun kenyang, tak lapar.
Malas ar nak makan nasik. Diet? Mimpi laaa.. sebab kenyang je.
Udang galah harga sekilo RM25 |
Masak rebus je, simple, tak ada
minyak. Konon-konon nak slim.
Bila terbangun tengah malam, automatik
teringat udang yang memanggil-manggil dalam periuk. Menggoda sunggoh! Udang fresh.
‘Mari la, mari makan aku yang fresh ni. Isiku yang manis, segar, otakku yang
sedap yummy’. Argh! Akhirnya aku tergoda jugak. Habis laaa.. Aktiviti menternak
lemak bermula.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
Kamek malam tadiik goreng roti canai frozen.laparnya...
hahaha....sekali sekala takpa jangan selalu
udang galah...yummy....