Fajar Aiman – drama Slot Azalea TV3

Sinopsis Fajar Aiman

Fajar Aiman drama mengisahkan hubungan istimewa mereka dengan lelaki bernama Suffian (Fauzi  Nawawi). Suffian merupakan ayah kepada Fajar tetapi melalui hubungan terlarang bersama ibu Fajar iaitu Erma (Farah Ahmad). Suffian berjanji kepada Erma akan bertanggungjawab tetapi janji itu tidak ditunaikannya. Semasa Suffian menyatakan hasratnya ingin berkahwin dengan Erma kepada kakaknya iaitu Mariah (Emma Akma Yunus). Niat itu ditentang sekeras-kerasnya! Bagi Mariah, Erma yang sanggup menggadaikan maruah dirinya bukanlah golongan orang yang baik. Malah Mariah memujuk Suffian agar mengahwini Najwa (Watie Sadalie). Anak orang kaya yang mempunyai syarikat besar.

Akhirnya, Suffian termakan pujukan kakaknya. Niat mengahwini Erma dibatalkan. Tetapi meneruskan hasrat berkahwin dengan Najwa demi mencapai kepentingan dirinya. Dia ingin mentadbir syarikat besar milik ayah Najwa.

Siapa sangka, anak orang kaya itu iaitu Najwa mempunyai sejarah hitam! Najwa seorang gadis yang gemar bersosial sehingga suatu hari dia disahkan mengandung! Najwa panik! Kerana dia sendiri tidak tahu siapa ayah kandung kepada bayinya. Malah ayahnya sering mendesak dirinya berterus-terang akan siapa bapa bayi tersebut. Ayahnya mahu, lelaki yang mengandungkan Najwa bertanggungjawab! Tetapi hampa kerana Najwa sendiri tidak dapat memastikan lelaki yang mengandungkannya.

Najwa telah melahirkan seorang bayi lelaki, lantas diberikan kepada Mak Som (Kismah Johar), orang gajinya. Bayi tersebut dinamakan Aiman (Syarul Ridzwan).

Pada masa yang sama, Erma yang pernah mempunyai hubungan terlarang bersama Suffian telah melahirkan bayi perempuan. Bayi tersebut dinamakan Fajar (Faralyna Idris). Pada awalnya, Erma bertekad ingin meninggalkan bayinya di depan surau. Erma berharapan agar bayi tersebut diambil dan dijaga oleh orang alim. Sedang Erma ingin meletakkan bayi tersebut di hadapan surau, tanpa disedari perbuatannya dilihat oleh Shafie (Azhan Badi).

Shafie, merupakan anak saudara Mak Som. Ingatkah lagi akan bayi lelaki yang bernama Aiman yang dijaga oleh Mak Som? Bayi tersebut milik Najwa, isteri kepada Suffian. Shafie menasihati Erma agar menjaga bayi tersebut. Justeru itu, Shafie kepada Erma, akan bertanggungjawab bersama-sama membesarkan Fajar. Biarpun Fajar bukan anaknya sendiri.

Melihat akan keikhlasan Shafie, Erma akhirnya berkahwin dengan Shafie selepas 5 tahun membesarkan Fajar. Pada masa yang sama, Aiman di bawah jagaan Shafie. Fajar dan Aiman membesar bersama-sama.

Sehingga mereka meningkat dewasa, hubungan mereka sangat akrab. Fajar dan Aiman juga mengetahui bahawa mereka bukan adik beradik kandung. Masing-masing menaruh perasaan sesama mereka. Oleh kerana Aiman berstatus anak luar nikah, Aiman hanya menyembunyikan perasaannya. Begitu jua dengan Fajar, dia sendiri tidak berani berterus-terang akan perasaannya terhadap Aiman.

Selepas sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Mereka menyesal atas kesilapan mereka suatu ketika dahulu. Yang mana, Najwa telah meninggalkan anaknya di bawah jagaan orang lain tanpa mempedulikan anaknya lagi. Suffian pula berasa bersalah kerana tidak bertanggungjawab akan bayi yang dikandungkan oleh Erma.

Namun segalanya telah berlaku, berpeluangkah Najwa dan Suffian menebus kesilapannya? Dapatkah mereka menjejak kembali anak masing-masing? Fajar, Aiman, Erma…adakah mereka akan bertembung mata dengan Suffian dan Najwa? Bagaimana pula dengan reaksi Erma terhadap Suffian yang membesarkan Fajar sendirian? Malah membesarkan anak Najwa iaitu Aiman, anak yang mempunyai hubungan darah dengan isteri kekasihnya, Suffian. Sama-sama kita saksikan dalam Fajar Aiman di TV3.

Gambar Fajar Aiman 

Sinopsis drama slot Azalea Fajar Aiman, gambar Fajar Aiman, OST Fajar Aiman, pelakon Fajar Aiman, Syarul Ridzwan – Aiman, Faralyna Idris – Fajar, Fauzi Nawawi – Suffian, Watie Sadali – Najwa, Azhan Badi – Shafie, Farah Ahmad – Erma, Fajar Aiman saluran TV3.

Pelakon Fajar Aiman

Syarul Ridzwan – Aiman
Faralyna Idris – Fajar
Fauzi Nawawi – Suffian
Watie Sadali – Najwa
Azhan Badi – Shafie
Farah Ahmad – Erma
Emma Akma Yunus - Mariah
Mahmud Ali Bashah - Bokhari
Hamidah Wahab – Aishah
Kismah Johar – Mak Som
Idzham Ismail - Eddie

Fajar Aiman merupakan drama terbaru di slot Azalea TV3. Fajar Aiman menggantikan drama Janji Jaslina yang telah tamat minggu lepas. Nak baca sinopsis akhir Janji Jaslina? Terjah: Janji Jaslina Episod Akhir.
Saksikan drama slot Azalea Fajar Aiman
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4 petang – 5 petang
Saluran: TV3

5 comments

mcm best ja citer nih..blm bkesempatan nak tgk..

slalunya tv3 bestt ja slot azalea.. ## ad msa tngok neh .. tonton hadoo.. hehe

Klau fajar ngn aiman akhirnya bersatu kan best ♥♡


EmoticonEmoticon