Pakaian Peserta AF 2014 Dikritik Ketat!

Isu ni telah lama aku perhatikan dalam program realiti yang terbaru ni, Akademi Fantasia 2014. Semenjak Konsert AF 2014 minggu 1 dan minggu 2, pakaian peserta AF khasnya peserta muslimah yang menggunakan hijab, pakaian digayakan ketat-metat.

Konsert AF 2014 minggu 1, Muna menggayakan seluar ketat. Manakala, Konsert AF 2014 minggu 2, seluar ala-ala legging menampakkan bentuk kaki Nuha. Peserta bertudung tapi penampilan tidak sesuai dengan imej Islamik peserta tersebut.

Pakaian Peserta Akademi Fantasia 2014 AF 2014 Dikritik Ketat, perunding imej AF 2014, kontroversi AF 2014

Siapa kenal Mizz Lahar? Orang kuat dalam media hiburan Kosmo. Turut sama mengkritik pakaian peserta AF 2014.

“Mizz Lahar tersentak! Adakah para pelajar tidak dibenarkan memberi sebarang pandangan terhadap pakaian yang bakal diperagakan oleh mereka? Adakah mereka dipaksa mengikut kehendak dan idea perunding imej seratus peratus?

Sepatutnya, dia perlu lebih sensitif dalam menyelia jenis-jenis pakaian yang dipakai oleh pelajar-pelajar AF2014. Dari sinilah mereka perlu dididik terutamanya dalam hal ehwal memilih pakaian. Walaupun mahu kelihatan trendy, tapi perlu dijaga garis pemakaian muslimah buat mereka” – Mizz Lahar (Akhbar Kosmo)

Aku sangat menyokong kenyataan Mizz Lahar. Moga pihak perunding imej Akademi Fantasia 2014 mengambil langkah drastik!  

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Lagu dan persembahan peserta AF 2014:

Siapakah peserta AF 2014 yang telah tersingkir?

6 comments

sokong jugak, sebab pelajar pun nampak tidak selesa dengan pakaian2 yang diberikan..

Assalamualaikum dan singgah mlm dik Yumida...tak tau kat mana Diana baca pakaian untuk peserta yg bertudung juga harus di titiberatkan.....

Hahaha nothing to say cuz people change for nowadays by following the trend without the rules of our religion. when there is no iman in our heart and life, so there is nothing to be proud of. Peace no war! :))

Sepatutnya perlulah sensitif dengan pakaian peserta wanita terutama yang bertudung kan..


EmoticonEmoticon