Zizan Razak & Faizal Ismail Pengacara Akademi Fantasia 2014

Zizan Razak dan Faizal Bin Ismail (FBI) Pengacara Akademi Fantasia 2014


Pada awalnya, hanya Zizan Razak diumumkan sebagai pengacara Akademi Fantasia 2014. Ingatkan Zizan mengacara secara solo, macam AF 2013 tahun lepas, Zizan sorang je jadi hos konsert AF.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 1, iaitu Ahad lepas, menggandingkan Jihan Muse mengacara bersama Zizan. Ingatkan memang Jihan partner Zizan mengacara sampai konsert final nanti. Rupanya hanya untuk minggu 1 je.

Part kelakar, bila Zizan diganding mengacara dengan Jihan. Aku dan hb dah berkira-kira, mesti payment Jihan lagi besar dari Zizan. Mana taknya, dah la diari AF Jihan yang handle, untuk konsert pun Jihan juga take over. 2 kerja dalam satu-satu masa. Besar payment tuuu... Hadoi..sempat mikir ke situ pulak. Tapi aku memang suka kalau Jihan jadi hos. Macam sebelum ni, dengan kelucuannya, spontan, tak control ayu, nampak lebih menghidupkan suasana. Namun penghujung konsert didedahkan siapa pengacara sebenar AF 2014 kali ni.

Zizan Razak & Faizal Ismail Pengacara Akademi Fantasia 2014, hos Akademi Fantasia AF 2014, Jihan Muse pengacara Diari Akademi Fantasia 2014

Faizal Bin Ismail (FBI) bekas penyampai radio Hot FM merupakan pengacara bersama Zizan Razak di Konsert AF 2014. Tahniah buat Faizal Ismail! Faizal Ismail yang cukup berpengalaman mengendalikan majlis-majlis besar sememangnya layak bergelar pengacara AF 2014. Ada masanya pengacaraan diselitkan dengan jenaka, membuatkan majlis nampak meriah. Selamat mengacara Akademi Fantasia 2014 buat Faizal Ismail dan Zizan Razak. Gandingan hos AF 2014 super hebat!

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

4 comments

Ingatkan Jihan Muse bergandingan dgn Zizan Razak.....tapi Zizan Razak dan Faizal Ismail pun best juga....


EmoticonEmoticon