CD buat anak buahku - Ramadhan Mat Jo, Super Tots, Pada Zaman Dahulu & Lawak Ke Der? 2

Bulan November nanti aku balik ke kampung. Menguruskan majlis kenduri adik ipar aku. Haaa…aku dah beli buah tangan awal buat anak-anak buahku di kampung. Beli CD!

CD buat anak buahku Ramadhan Mat Jo, Super Tots, Pada Zaman Dahulu & Lawak Ke Der? 2

Ada 4 CD yang aku beli:
1. Ramadhan Mat Jo
2. Super Tots
3. Pada Zaman Dahulu
4. Lawak Ke Der? 2

Lawak KeDer? 2 aku pernah tengok kat tv. Tapi aku beli jugak, kot-kot anak buah aku terlepas nengok. Yang lainnya semua cerita kartun.

Mengimbas kembali zaman ketika aku masih kecik, hanya Doraemon, Ultraman dan Power Rangers je glamour masa tu. Tak banyak cerita kartun time dulu-dulu. Tv pun hitam putih. Alhamdulillah, Malaysia dah makin maju. Rancangan Astro menghiasi kerancakkan program tv. Ada saluran disediakan khas untuk kanak-kanak menonton kartun.

Zaman dulu, zaman sekarang..jauh berbeza. Dunia makin moden!

6 comments

Sekarang dah bnyk cerita untuk kanak2...

Pernah tgk Sid The Science Kid?
Cerita yang bagus untuk kanak-kanak. Di samping berhibur, belajar buat eksperimen sains.

http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/05/sos-epal-aka-applesauce/


EmoticonEmoticon