Sinopsis Sana Ay Ikaw Na Nga

Sinopsis Sana Ay Ikaw Na Nga Telenovela TV3

Sana Ay Ikaw Na Nga mengisahkan jejaka kacak dan bekerjaya iaitu Carlos Miguel Altamonte jatuh cinta dengan gadis miskin, Cecilia Fulgencio. Perkahwinan Carlos telah diaturkan oleh keluarganya dengan seorang gadis kaya bernama Olga Villavicer. Bagi Carlos, cintanya hanya untuk Cecilia dan tidak sedikit pun mempunyai perasaan terhadap Olga.

Carlos mempertahankan cintanya terhadap Cecilia. Dia menolak jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya. Selepas melihat keikhlasan cinta Carlos terhadap Cecilia, keluarga Carlos perlahan-lahan menerima Cecilia. Melihat dirinya tidak dicintai oleh Carlos, Olga merencana rancangan jahatnya untuk memisahkan Carlos dan Cecilia.

Kemalangan yang dirancang oleh Olga telah menyebabkan Olga dan Cecilia cedera parah. Wajah Olga musnah malah Carlos telah salah anggap Olga sebagai Cecilia. Manakala Cecilia yang telah diselamatkan oleh Libay dan Carding pula hilang ingatan. Carlos menemani Olga ke luar negara untuk rawatan pembedahan plastik.

Demi memiliki cinta Carlos, Olga telah membuat keputusan untuk terus menyamar sebagai Cecilia. Selepas ingatan Cecilia pulih, dia perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk kembali ke pangkuan Carlos. Berjayakah Cecilia meyakinkan Carlos bahawa dirinyalah yang sebenar beridentitikan wanita yang dicintai Carlos. Apa pula rancangan jahat Olga dalam memastikan hanya Carlos menjadi miliknya seorang. Adakah Carlos dan Cecilia akan bersatu semula? Saksikan segalanya dalam telenovela TV3, Sana Ay Ikaw Na Nga.
Kredit: Wikipedia Sanay Ay Ikaw Na Nga & Facebook Sana Ay Ikaw Na Nga

Pelakon Sana Ay Ikaw Na Nga

Carlos Miguel Altamonte - Mikael Daez
Cecilia Fulgencio - Andrea Torres
Chynna Ortaleza - Olga Villavicer
Gilbert Zalameda - Gabby Eigenmann
Rita Avila - Mariana Fulgencio 
Alicia Alonzo - Dona Victoria Altamonte
Marini Alano - Consuelo Villavicer
Marky Lopez - Alvin Guevarra
Jace Flores - Dandoy
Tanya Garcia-Lapid - Joanna Altamonte
Maricar de Mesa - Bernadette Zalameda
Rommel Padilla - Leopold Guerrero
Dexter Doria - Sofia
Mel Martinez - Alfie
Irma Adlawan - Libay
Dex Quindoza – Carding

Gambar Sana Ay Ikaw Na Nga

 Sinopsis Sana Ay Ikaw Na Nga Telenovela TV3, gambar Sana Ay Ikaw Na Nga, pelakon Sana Ay Ikaw Na Nga, lagu tema Sana Ay Ikaw Na Nga, OST Sana Ay Ikaw Na Nga, Carlos Miguel Altamonte - Mikael Daez, Cecilia Fulgencio - Andrea Torres, Chynna Ortaleza - Olga Villavicer

Saksikan Telenovela Sana Ay Ikaw Na Nga
Jumlah episod Sana Ay Ikaw Na Nga: 52
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 3.00 petang – 4.00 petang
Saluran: TV3

1 comments so far


EmoticonEmoticon