Cara Mengelak Identiti Dicuri Di Laman Sosial

Berhati-hati untuk elak identiti dicuri di laman sosial

Masalah pencuri identiti ini sudahpun menular di tanah air kita. Justeru, jangan tunggu sampai anda jadi mangsa seterusnya dan kemudian baru ingin rasa menyesal. Mungkin si pencuri identiti cukup bijak dalam melaksanakan perancangannya tapi perlu ingat bahawa anda juga mempunyai seribu satu langkah untuk elak terus jadi mangsa keadaan. 

Cara elak identiti dicuri di laman sosial, pencuri identiti Facebook, Twitter, Instagram, Blog, cara mengatasi masalah pencuri identiti, kes jenayah laman sosial, penyalahgunaan laman sosial, identiti palsu laman sosial

Cara mengatasi masalah pencuri identiti


1. Jangan kongsi maklumat peribadi di laman sosial
Elakkan daripada berkongsi terlalu banyak maklumat yang bersifat peribadi di laman sosial. Ya betul, langkah ini adalah jalan terbaik untuk mematahkan serangan si pencuri identiti. Maklumat seperti nombor telefon dan alamat perlu dirahsiakan dan ha­nya dikongsikan pada kenalan terdekat atau orang yang dikenali saja. Ini kerana si pencuri identiti boleh menyalahgunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak elok.

2. Delete akaun laman sosial yang tak aktif (tak digunakan lagi)
‘Deactivate’ kan akaun laman sosial yang sudah tidak digunakan lagi. Kebiasannya, anda akan berkongsi gambar dan maklumat peribadi di setiap akaun laman sosial yang anda aktifkan. Justeru, semua maklumat itu akan tetap menjadi tatapan umum ­walaupun anda tidak akses laman sosial terbabit untuk jangka masa yang lama. Apa salahnya ambil beberapa minit untuk menutup akaun itu buat selama-lamanya. Langkah itu boleh membuatkan anda menarik nafas lega.

3. Jangan dedah kata laluan dan lakukan kekerapan menukar kata laluan
Jadikanlah akaun lama sosial anda sebagai sesuatu yang amat bernilai kepada diri anda. Contohnya, kata laluan dan ID tidak boleh dikongsi dengan sesiapa termasuk teman lelaki! Biarpun kita percaya padanya tapi kita tidak tahu bagaimana impaknya pada masa hadapan kelak. Lagipun, kadang-kadang kita leka untuk menukar kembali kata laluan sesudah berkongsi dengan orang lain. Justeru, anda perlu sentiasa menukar kata laluan untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi.

4. Waspada! Ambil tahu berita kes jenayah dalam laman sosial
Ketahui berita dan pengetahuan semasa mengenai kes jenayah yang terbabit dalam laman sosial. Apabila anda seorang yang sentiasa berwaspada ketika melayari laman sosial, risiko kebocoran maklumat peribadi dan koleksi gambar anda tidaklah begitu tinggi berbanding mereka yang tidak tahu menahu mengenai cara melindungi maklumat peribadi dalam akaun laman sosial.

Itulah 4 cara mengelak identiti kita dicuri dilaman sosial. Kes jenayah di laman sosial makin meningkat dari hari ke hari. Langkah berjaga-jaga amatlah penting. Kita tak nak seperti pepatah, “Dah terhantuk baru nak terngadah”. Berwaspadalah dari sekarang. Selamat berFacebook, berTwitter, berInstagram, berUmmaland dan happy berblogging!

4 comments

Thanks untuk perkongsian tok kak ;) Berhati2 lah kita..

Nice sharing.. kena lebih berhati2 laa..

perkongsian yg bermakna...hee

Hahha kdg2 cx pelik gak org yg beriye share psl hdp sndiri dkt public. Pastu bile da kene dupicate nak meroyan. Ape mslhnya? Sendiri yg open sharing kan. Huhu cx tujukan khas entry ini kpd mereka spya lbh waspada. Jgn biarkan pisang berbuah dua kali. :))


EmoticonEmoticon