Sinopsis Kasih Berbisik

Sinopsis Kasih Berbisik Drama TV3

Kasih Berbisik mengisahkan kehidupan di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora? Tonton drama Kasih Berbisik bermula 1 Oktober 2014 ini di TV3. Kredit: Kasih Berbisik

Kasih Berbisik drama ekslusif TV3

Sempena ulang tahun TV3 yang ke 30, drama eksklusif bertajuk Kasih Berbisik disiarkan. Kasih Berbisik menggandingkan pelakon dari 3 buah negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana).

Lokasi penggambaran drama Kasih Berbisik

Di Malaysia, kota metropolitan Singapura dan penggambaran di Bali.

Pelakon Kasih Berbisik

Remy Ishak
 Keith Foo
 Tasha Shilla
 Normah Damanhuri
Nurul Aini
 Nick Mikhail
Demmy Febriana


Jangan lupa saksikan Kasih Berbisik di kaca tv anda. Ketahui perkembangan drama Kasih Berbisik:
Sinopsis Kasih Berbisik
OST Kasih Berbisik
Gambar Kasih Berbisik
Pelakon Kasih Berbisik

Gambar Kasih Berbisik

Sinopsis Kasih Berbisik Drama TV3, gambar Kasih Berbisik, pelakon Kasih Berbisik, Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri, Nurul Aini, Nick Mikhail, Demmy Febriana

Saksikan drama Kasih Berbisik
Jumlah episod Kasih Berbisik: 13
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)

3 comments

Mesti best tokkkkkk ;D kmk suka tgk iklan nya.

singgah siNI SEMULAAAAAA..rasanya LAMAA dah tak singgah kan..hehee :D

PG tak tengok lagiiiii. kena tengok dekat tonton la jawapnya ni :)
yumida, PG mohon share sinopsis ya :)


EmoticonEmoticon