Sinopsis Juara Carta Cinta

Sinopsis Novel Juara Carta Cinta

Juara Carta Cinta mengisahkan kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung.

Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia.

Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

Sinopsis Juara Carta Cinta, Gambar novel Juara Carta Cinta, Penulis novel Juara Carta Cinta: Lynn Dayana, Harga novel Juara Carta Cinta: RM19.90, Jumlah halaman novel Juara Carta Cinta 512 muka surat

Inilah gambar novel Juara Carta Cinta
Penulis novel Juara Carta Cinta: Lynn Dayana
Harga novel Juara Carta Cinta: RM19.90
Jumlah halaman novel Juara Carta Cinta: 512 muka surat

Fuh! Novel yang digarap penuh gramatis dan kreatif. Membaca sinopsis Juara Carta Cinta membuatkan hatiku membuak-buak nak tahu apa penghujung kisah si Maya ni. Siapakah lelaki menjadi pilihan hati Maya. Masing-masing ada karekter tertentu. Siapakah bakal menjadi juara dalam carta cinta di hati Maya? Jengjengjeng… Jom kita dapatkan novel terlaris ni di pasaran.

5 comments

nanti kalau jadi drama bersiri..mesti best :)

best jg ceritanya ni kan,tp tkmint sgt nvel cinta2 ni,klu komedi best gk

saya ada novel ni.. dah bape kali dah khatam hehe


EmoticonEmoticon