Sinopsis Street Vendetta

Sinopsis Novel Street Vendetta

Street Vendetta mengisahkan Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang.

 Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang.

Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.
Kredit: Street Vendetta

Sinopsis Street Vendetta, Gambar novel Street Vendetta, Penulis novel Street Vendetta: Mazni Aznita, Harga novel Street Vendetta: RM19.90, Jumlah halaman novel Street Vendetta 636 muka surat

Inilah gambar novel Street Vendetta
Penulis novel Street Vendetta: Mazni Aznita
Harga novel Street Vendetta: RM19.90
Jumlah halaman novel Street Vendetta: 636 muka surat

Adakah Fakruzi dan Kojie kembar seiras? Ataupun memang orang yang sama? Penuh suspens sinopsis Street Vendetta. Siapakah menjadi cinta terakhir dalam hati Anabella? Jom dapatkan novel Street Vendetta di pasaran!

3 comments

boleh usha2 ni.. lama xbaca novel.. :D
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

teringin sangat nk baca novel macam zaman belajar dulu.nk wat mcm mana,masa tak cukup utk layan2 novel romatik.


EmoticonEmoticon