Merdeka Video Contest – Aku Sahut Cabaran!

Siapa kat sini ada join The Merdeka Video Contest: ESCAPE Shots? Contest ni masih berlangsung, dijangka tamat pada 9 September ni. Pada awalnya, aku kurang yakin nak join. Tak tahu nak start dari mana, kalau ada bahan senang nak olah. Contoh macam sertai perbarisan merdeka ke. Memandangkan aku duduk nun jauh kat hujung pulau, memang sukar nak sertai apa-apa aktiviti luar. Malah tiada plan pun nak sertai contest ni. Al maklum la saingannya seluruh Malaysia, peserta hebat-hebat belaka!

Merdeka Video Contest – Aku Sahut Cabaran!, pertandingan video merdeka escape

Inilah hadiah bakal dibawa pemenang nanti:
1st Prize RM57,000
2nd Prize RM30,000
7 Consolation Prize RM10,000

Even hadiahnya super gempak, still belum menggoda jiwa ragaku untuk turut sertai. Tapi….haaa yang ni bikin aku jatuh cinta. Dapat email dari pihak 8Share. Katanya, setiap penyertaan bakal mendapat reward RM100. Wooo! Melompat terus. Yeah! Aku sahut cabaran!

Pada awalnya, agak terkial-kial jugak. Nak perah idea hasilkan sebuah video bukan senang. Seringkali jugak rasa give up. Tapi reward RM100 tu yang bagi pemangkin untuk aku teruskan, semangat!

Usaha, usaha, usaha…yey siap! Dengan itu, terhasilnya 2 buah video yang aku hasilkan untuk contest ni. Dah submit pun. Moga-moga segalanya memenuhi syarat sebagaimana dikehendaki pihak penganjur. Nak tengok kesemua video peserta yang join Merdeka Video Contest? Jom terjah: http://www.celcomescape.com/escapeshots

11 comments

Wah hadiah gempak..kena cuba ni..tapi camne ya..nak buat video pun tak tau..he..he. Nway good luck to you...

wow...hadiah memang best..all the best ye yumida...

konfem dapat rm100 kan?kasi sini rm50..hehehehehe...
anyway,good luck ^^

Reward dah dalam tangan.. klu menang hadiah saguhati pun dah puashati..tlalu byk psaingan kan Yumida..

Kmk sik reti ;(

dpt rm100 bila penyertaan valid mengikut syarat ditetapkan penganjur..selagi masih 100 org member 8share terawal yg submit penyertaan. owh ade gak rm50 erk? kat mana tu?

Wahh...bestnyer dik Yumida...semoga berjaya...


EmoticonEmoticon