Sinopsis Pulang Sayang

Sinopsis Pulang Sayang Drama Slot Selekta Prima TV2

Pulang Sayang mengisahkan seorang jejaka kacak bernama Aidil (Syed Aiman) tetapi bersikap kasanova. Aidil lebih suka berpoya-poya dan menyerahkan semua tugas pejabat kepada pekerjanya iaitu Aliyah (Memey Suhaiza). Aliyah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Namun isteri Yusuf (Mustapha Kamal), Sharifah Sofea (Wan Nor Azlin) sentiasa tidak puas hati dengan Azman (Fir Affandy) dan memandang rendah kebolehannya. Syarifah Sofea juga tidak begitu merestui perkahwinan anak perempuan tunggalnya Laila (Adiba Yunus) dengan Azman. Azman hanya berkelulusan sederhana dan berasal dari kampung pula. Azman berasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya dan cuba mencari jalan keluar.

Aliyah tidak menyenangi sikap Aidil yang suka berseronok-seronok dengan ramai teman wanita. Aidil juga pernah cuba mengajak Aliyah keluar tetapi Aliyah enggan. Aliyah bersikap tegas dan tidak memberi muka kepada Aidil. Aidil pula dalam diam menghormati sikap dan kebolehan Aliyah. Walaupun Aliyah bersikap dingin kepadanya tetapi Aidil tetap bersikap gentleman baik sewaktu bekerja atau perkara lainnya terhadap Aliyah. Ini menyebabkan teman wanita Aidil, Dhia selalu mengesyaki Aliyah. Aliyah menafikan dia ada hubungan dengan Aidil.

Kepulangan Firdaus (Beego), anak sulung Yusuf mengubah senario syarikat. Firdaus seorang yang tegas dan mempunyai sifat yang amat bertentangan dengan Aidil. Jika Aidil seorang yang suka berseronok, Firdaus pula amat serius terhadap tugasnya. Jika Aidil seorang yang romantik dan gentleman, Firdaus pula seorang yang kasar dan berterus terang. Dia tidak pandai berdiplomasi dan suka menegur orang bawahan secara direct. Kadangkala kata-katanya menyakitkan hati, tetapi Firdaus tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.

Aliyah mendapati agak sukar bekerja dengan Firdaus pada mulanya. Aliyah diarahkan bertugas dibawah Firdaus memandangkan kedua-duanya jurutera dan dalam bidang yang sama. Namun sikap Firdaus agak bossy dan perfectionist membuatkan Aliyah rimas dan berasa dikongkong.

Saat ini Aliyah teringat betapa mudahnya bekerja dengan Aidil, walaupun Aidil sambil lewa tetapi Aidil tidak pernah mengongkong dan mempersoalkan tugas-tugasnya. Berbeza dengan Firdaus yang mahu Aliyah memaklumkan apa sahaja tugas dan tindakannya kepadanya. Sehingga hal-hal yang kecil pun mesti diberitahu kepadanya.
Aliyah cuba bersikap tegas kepada Firdaus seperti yang dilakukan kepada Aidil, tetapi Firdaus lebih tegas lagi.

Namun ketegasan Firdaus memang kena pada tempat dan biasanya tepat serta membuahkan hasil yang lebih baik. Cuma Aliyah tidak tahan dengan cara Firdaus yang kasar dan kadangkala menjengkelkan.

Namun Aliyah tidak pernah mahu mengalah. Dia tidak pernah merungut di depan Firdaus, malah menerima apa sahaja arahan tanpa bantahan.Namun sesekali Firdaus tersilap dan Aliyah ada peluang untuk mengenakan Firdaus semula. Firdaus mengaku jika dia membuat silap dan sedia menerima tunjuk ajar Aliyah yang lebih berpengalaman dalam bidang kejuruteraan.

Takdir menentukan Firdaus jatuh cinta pada Aliyah. Namun sebaliknya Aliyah pula mula menerima cinta Aidil yang mula berubah sikap menjadi lelaki budiman setelah berlaku kemalangan yang membabitkan mereka berdua. Situasi itu membuatkan Firdaus putus asa dan menjauhkan diri daripada Aliyah.

Aliyah akhirnya berkahwin dengan Aidil namun dalam diam ibu mentuanya merancang niat jahat mahu mengenakan Aliyah dek kerana dendam lamanya yang masih bersarang terhadap ibu Aliyah. Pelbagai insiden di rancang supaya hasratnya memusnahkan masa depan anak musuhnya itu tercapai.

Bahagia di harapkan tidak berpanjangan bila Aidil kemudiannya berubah sikap kepada perangai lamanya yang suka berpoya-poya. Aliyah begitu tertekan dengan situasi itu. Muncul Firdaus yang bersimpati terhadap nasih menimpa Aliyah. Dapatkah Aliyah memperbaiki semula keadaan dan merapatkan semula hubungan ibu dengan ibu mentuanya yang bermusuhan sejak sekian lama? Saksikan segalanya dalam drama Pulang Sayang di TV2.

Pelakon Pulang Sayang

Aidil – Syed Aiman
Aliyah – Memey Suhaiza
Firdaus – Beego
Dhia – Syatilla Melvin
Azman – Fir Affandy
Laila – Adiba Yunus
Yusuf – Mustapha Kamal
Sharifah Sofea – Wan Nor Azlin
Afifah – Raja Ema
Kamil - Idris Mat Diah
Ainul – Linda Hashim
Liana – Lynda Bangs
Soraya – Ayang Abbas

Original Sound Track (OST) Pulang Sayang

Lagu: Pulang Sayang
Penyanyi: Rendra Zawawi

Gambar Pulang Sayang

Sinopsis Pulang Sayang Drama Slot Selekta Prima TV2, gambar Pulang Sayang, pelakon Pulang Sayang, Original Sound Track (OST) Pulang Sayang, lagu latar drama Pulang Sayang, Download OST Pulang Sayang – Rendra Zawawi, Aidil – Syed Aiman, Aliyah – Memey Suhaiza, Firdaus – Beego

Saksikan Drama Slot Selekta Prima Pulang Sayang
Jumlah episod Pulang Sayang: 26
Hari: Selasa – Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

4 comments


EmoticonEmoticon