Sinopsis Syurga Tanpa Cinta

Sinopsis Syurga Tanpa Cinta Drama Bersiri TV1

Syurga Tanpa Cinta mengisahkan Luqman (Kamal Adli) menjadi tonggak harapan dan pewaris perniagaan dari neneknya Ku Frida. Di sisi lain, ibu tiri Luqman (Sharifah Shahora) cuba merampas Luqman dari ibu mertuanya, Ku Frida. Ku Frida tidak mahu cucunya, Luqman mengikut jejak langkah seperti ayahnya. Bagi Ku Frida, Shahora bukanlah menantu kesukaannya.

Ku Frida sentiasa menekan Luqman agar fokus pada perniagaan. Kerana dia telah mewariskan Luqman untuk mewarisi empayar tersebut. Luqman semakin menjadi serba salah kerana dirinya sering menjadi rebutan antara nenek dan ibu tirinya.

Suatu hari, Luqman ditimpa kemalangan. Luqman terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Ku Frida sentiasa memujuk Luqman untuk kembali bekerja, selepas peristiwa itu berlaku 6 bulan yang lalu. Ianya menjadi pertengkaran apabila Shahora melarang Luqman untuk keluar dari rumah itu.

Hefny Sahad mendesak Emma Maembong untuk menerima lamarannya. Hefny mahukan perkahwinan mereka dilaksanakan dalam masa terdekat. Namun Emma menolak. Emma bertekad ingin membantu kehidupan keluarganya terlebih dahulu. Hefny begitu kecewa dengan keputusan Emma. Akan bersatukah Emma dan Hefny kelak? Bagaimana pula dengan Luqman? Yang telah memutuskan pertunangannya dengan Marsha. Adakah akan berlakunya bibit-bibit cinta antara Emma dan Luqman? Saksikan segalanya dalam drama Syurga Tanpa Cinta di TV1.

Pelakon Utama Syurga Tanpa Cinta

Kamal Adli
Emma Maembong
 Marsha Milan
Sharifah Shahora
Hefny Sahad
Ku Frida
Alif Hadi

Pelakon Pembantu Syurga Tanpa Cinta

Ahmad Fauzi
Makwan
Nor Saida
Pak Teh
Shafiq
Puteri

Penampilan Istimewa Syurga Tanpa Cinta

Roy Azman
Esma Danial

Gambar Syurga Tanpa Cinta

Sinopsis Syurga Tanpa Cinta Drama Bersiri TV1, Pelakon Utama Syurga Tanpa Cinta, Pelakon pembantu Syurga Tanpa Cinta, gambar Syurga Tanpa Cinta

Saksikan drama Syurga Tanpa Cinta
Tarikh Syurga Tanpa Cinta mula disiarkan: 28 September 2014
Hari: Sabtu & Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV1

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)

6 comments


EmoticonEmoticon