Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah

Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah

Assalamu'alaikum Wrmbth, Huhung tahun dah menjelang tiba. Ramai dari kita nak pergi mengembara. Adakah anda merancang menunaikan umrah pada tahun 2015?


Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah
Tahun 2015 menjelang tiba. Bagaimana perancangan umrah tahun ini?
Sekiranya anda mahukan kualiti ibadat terbaik, kerana jarak tempat tinggal yang dekat dengan masjidil haram.. Ambil pakej umrah 2015 Hilton.

RM50 GIVE AWAY UNTUK KOMEN TERBAIK.
Butiran di hujung artikel

Bukan untuk bermewah mewah dan bercuti tetapi untuk beribadat.



hotel hilton masjidil haram, Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah, Pakej Umrah Hilton
Hotel Hilton untuk pakej umrah ekonomi terbaik Dari Andalusia

Patut atau tidak? Pakej ini memang bukan untuk semua orang. Insyaallah selepas tamat perkongsian ini, segala persoalan anda akan terjawab


Kenapa Pakej Umrah Hilton Selalu Habis Dulu?

Pakej ini lebih bayarannya berbanding pelan ekonomi yang lain.

Tetapi hairan sungguh. Pakej ini selalu habis dahulu. Selalu barang paling murah akan habis dulu kan?


Tapi dalam ibadat umrah, berbeza. Hanya yang mengejar kesempurnaan umrah akan pergi lebih jauh dari itu.


Samada dari segi kudrat, masa dan wang ringgit. Bagi yang berkemampuan dari segi kewangan. Contohnya VIP dan usahawan yang mahukan penghayatan terbaik.. 


Kebiasaannya mereka akan borong pakej ini untuk pergi bersama keluarga



Kelebihan pakej umrah hilton 2015
Pakej umrah 2015 sangat laris. Tempahan Disember 2014 telahpun habis. Jadual dan kursus umrah percuma diberikan kepada bakal jemaa. Sila rujuk Andalusiatravelumrah.com untuk maklumat lanjut.

  1. Jemaah yang serius tanah suci untuk ibadat umrah. Soal membeli belah dan lain lain tidak penting. Fokus pada ibadat
  2. Kekurangan kudrat untuk berjalan jauh. Sakit sakit badan kerana faktor kesihatan
  3. Menunaikan umrah bersama ahli keluarga yang sudah berusia. Contohnya kedua ibubapa ataupun pasangan suami isteri
  4. Mengejar fadhilat dan kelebihan ibadat di masjid nabawi di madinah dan masjidil haram di mekah
  5. Muslimat yang menunaikan umrah dan mengambil berat faktor keselamatan
Insyaallah jika tuan dan puan terdiri dalam kelompok berlima di atas, sesuai sangat ambil pakej ni.

Sepanjang ustaz membawa pelbagai kumpulan umrah ke tanah suci, telah banyak ragam manusia dan jemaah di temui.


pengalaman umrah hilton dan haji
Pahit manis membawa rombongan jemaah Malaysia 

Ada yang pertama kali sampai disana dan berasa teruja sehingga mengalirkan air mata.

Kaabah yang selama ini jauh kini berada dekat di depan mata. Betapa syahdunya hati kerana dijemput menjadi tetamu ilahi.

Ada juga yang terleka dengan kegiatan membeli belah sebaik sampai disana. Kurang memanfaatkan masa berada disana untuk tujuan membina kekuatan rohani.

Pada tahun ini, lebih ramai lagi bakal jemaah akan Ustaz bimbing sendiri, mengerjakan umrah.

Dapat diperhatikan kelebihan yang diperolehi oleh jemaah yang mengambil Pakej umrah Penerbangan Terus Saudi + Hilton Towers kerana dekatnya jarak hotel dengan kaabah.

Kita semua ada bahagian masing masing didunia dan diakhirat.

Memang benar, kedudukan orang kaya yang menginfakkan harta ke jalan Allah swt dengan ikhlas lebih tinggi berbanding orang miskin yang sabar.

Kerana bukan mudah untuk mengekalkan hati dalam keadaan yang tunduk kepada yang maha esa dalam kekayaan yang diamanahkan kepada kita.
kelebihan dan kekurangan pakej umrah
Kelebihan dan kekurangan memilih pakej ini

Memang benar, bagi package ini, bilik penginapan adalah di Hilton Towers yang begitu dekat dengan Masjidil Haram.

Kelebihannya ialah 


  1. sekiranya kita tertinggal barang amat mudah untuk pulang kebilik.
  2. Jika wudhu terbatal, amat mudah untuk pulang semula ke hotel kerana dekatnya jarak. 
  3. Jika ambil pakej keluarga, satu keluarga boleh kongsi bilik berempat.

Kekurangannya pula

  1. perlu membayar harga pakej yang lebih berbanding jemaah biasa
  2. Perlu berkongsi bilik dengan 3 orang lagi jemaah lain. Kurang privasi, namun pada masa yang sama peluang untuk berkenal kenalan dengan sahabat baru

Masalah Yang Sering Di Hadapi Semasa Umrah

Sepanjang perjalan kita bermusafir mengerjakan umrah, banyak juga masalah yang timbul disana. Disini ustaz senaraikan beberapa yang akan dihadapi bagi jemaah lain yang tidak mengambil pakej hilton


Cabaran menunaikan umrah 2015
Hidup memang penuh dengan dugaan. Hanya yang tabah akan berjaya

  1. Jarak penginapan yang jauh.. Masih terasa lagi penat di sana.
  2. Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Nikmat kesihatan memang mahal
  3. Berasa sayang akan masa perjalanan pulang dan pergi yang terlalu lama. Demi masa.. Sesungguhnya manusia kerugian
  4. Keselamatan kaum wanita di negara asing. 

Kebanyakan dari mereka yang datang kali kedua pasti akan memilih untuk memilih penginapan yang dekat.

Bukan kita menafikan keadaan keselamatan jemaah wanita di sana, tetapi pencegahan lebih baik daripada mengubat.


Atas sebab sebab diatas, semestinya menyebabkan pakej ini menjadi pilihan utama Ustaz di Makkah Al Mukarramah. 



pilihan terbaik jemaah malaysia
Memang Terbaik. Two Thumbs Up



Jika hotel untuk pakej ekonomi yang lain terletak hampir 690 meter dari Masjidil Haram, maka Hilton Towers pula hanya berjarak 50 meter sahaja. Menarik bukan?

Memang menarik. 



Umrah Ekonomi Terbaik Dalam Kelas Tersendiri

Kalau jemaah bertanyakan tentang pakej terbaik dan memberi nilai tambah pada wang anda, maka Ustaz akan syorkan pakej ini.


umrah kelas ekonomi terbaik andalusia
Sebulat suara. Memang terbaik untuk nilai masa dan wang yang di laburkan

Ia merupakan pakej ekonomi terbaik yang Andalusia Travel and Tours tawarkan buat jemaah. 

Jangan terkejut, walaupun pakej ini menawarkan hotel 5 bintang, ia masih bertaraf pakej Umrah yang ekonomi.


Murah sangatkah harga pakejnya sehingga ia dikira masih ekonomi untuk jemaah? 

hilton tower hotel penginapan andalusia, Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah, Pakej Umrah Hilton
Pakej ekonomi terbaik dari pihak Andalusia Travel untuk ibadat umrah

Pada Ustaz, itu terpulang kepada kemampuan dan kehendak masing-masing. 

Semua orang berhak memilih yang terbaik dan ‘terdaya’ untuk diri sendiri.


Perbezaan pakej ekonomi biasa dengan ekonomi Hilton Towers adalah 



  1. Harga pelan biasa berbanding pelan hilton berbeza diantara RM1,500.00 hingga RM1,900.00 sahaja.
  2. Jarak tempat tinggal dengan Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah dan Mekah Al Mukarramah
  3. Jenis bilik penginapan. Bilik berempat di hotel yang berhampiran lebih mahal dari bilik "single" di hotel yang jauh. Persoalannya sekarang, masa kita banyak di habiskan beribadat di luar bukan? Bukan didalam bilik


Kita mungkin tertanya-tanya kenapa berlaku perbezaan jarak harga diantara dua jenis pakej tadi. 

  • Pastinya, perbezaan musim pada tarikh-tarikh tertentu memberi kesan kepada perubahan harga dan menyebabkan beza jarak harga yang ketara jika dibandingkan dengan pakej ekonomi biasa.
  • Sebagai contoh, musim cuti sekolah yang tentunya ramai yang mengambil peluang ini untuk melaksanakan Umrah bersama keluarga (khususnya bersama anak-anak yang sedang bercuti). 
  • Maka harga hotel dan kos penerbangan sangat mempengaruhi harga pakej yang ditawarkan.


Tidak kiralah samada pakej ekonomi biasa, apatah lagi yang memilih pakej ekonomi Hilton Towers.



Pakej Pilihan Pelbagai Golongan Pada 2015

pakej pilihan malaysia 2015
Pilihan yang nyata.
Dari pemerhatian Ustaz, kebanyakan yang mengambil pelan ini ialah


  1. Golongan pekerja sederhana dan atasan
  2. Pesara
  3. Mengerjakan umrah bersama keluarga
  4. Syarikat swasta dan badan korporat yang menawarkan ganjaran insentif kepada pekerja cemerlang
  5. Suka dengan kualiti servis mutawif yang memberikan "pengalaman" dan "penghayatan" berbeza pada umrah tersebut. Disamping mengajar cara mengerjakan umrah yang betul.

Kebiasaannya, kebanyakan yang memilih pakej ini adalah dari kalangan orang yang sederhana taraf hidup  dan kewangannya serta golongan atasan.


Tidak kurang juga dari kalangan jemaah yang sudah bersara yang setiap tahun menuju Baitullah untuk menunaikan Umrah. 


Malah jika mereka yang agak berada, mereka akan datang secara kumpulan keluarga samada yang menyertai rombongan yang sedia ada atau yang ‘memborong’ trip tersebut hanya untuk ahli keluarga mereka.



Harga pengalaman mengerjakan umrah
Sudut pandang yang berbeza menentukan hala tuju masa depan kita



Terdapat juga beberapa syarikat swasta yang menawarkan pakej Umrah setiap tahun melalui Andalusia untuk pekerja-pekerjanya yang juga turut ‘memborong’ trip tersebut hanya untuk mereka. 

Malah sesetengah mereka mempunyai permintaan khusus untuk memilih Mutawwif yang mereka suka sebagai pembimbing mereka di Tanah Suci.


Bagi kes kes istimewa seperti ini, boleh berunding sendiri dengan kami untuk memenuhi keperluan tuan puan.



Pilihan Jenis Penerbangan Bagi Pakej Hilton

Kita berbalik semula kepada Pakej Umrah Penerbangan Terus + Hilton Towers tadi. 


pelan penerbangan umrah yang berbeza
Pelbagai pilihan penerbangan. Gambar sekadar hiasan :)



Sepertimana yang telah Ustaz nyatakan pada artikel “Pengenalan kepada Pakej Andalusia 1 & 2”, Pakej Hilton Towers ini mempunyai dua pilihan penerbangan iaitu melalui penerbangan


  1. Saudi Airlines atau 
  2. Air AsiaX. 

Jadi, bagi yang ingin lebih berjimat, bolehlah memilih Air AsiaX sebagai penerbangannya.

Harga yang ditawarkan dalam Pakej Umrah Penerbangan Terus + Hilton Towers melalui Air AsiaX  adalah diantara RM6,990.00 hingga RM7,590.00. 


Sebab-sebab perbezaan harga tersebut adalah sama seperti yang telah Ustaz ceritakan di dalam Pakej Penerbangan Terus + Hilton Tower melalui Saudi Airlines di perenggan yang lepas. 


Kebiasaannya, bakal jemaah yang memilih pakej ini berfikiran.



“Tidak mengapalah dengan Air Asia pun, asalkan ketika Ibadah di Tanah Suci Makkah dalam kita dalam keadaan selesa dan dipermudahkan (dengan Hotel Hilton Towers yang sangat dekat)”.

Walaubagaimanapun, Ustaz suka dengan pendapat kedua-dua pihak yang memang ‘pandai mengukur baju di badan sendiri’. 


Almaklum, banyak yang perlu difikirkan sebelum bertolak ke Madinah dan Makkah. 


Terutamanya dalam hal tanggungjawab yang ditinggalkan di tanahair.

nafkah untuk keluarga di Malaysia
Tanggungjawab meninggalkan nafkah pada keluarga di Malaysia



 Banyak juga perlu dibelanjakan sebelum meninggalkan tanggungjawab tersebut supaya perjalanan ‘menuju’ ALLAH ini tidak terganggu dan terhalang ketika berada di sana.

Supaya lebih jelas untuk pembaca, Ustaz ringkaskan senarai harga Pakej Umrah Penerbangan Terus bagi kedua-dua penerbangan mengikut tarikh-tarikh puncak dan sebaliknya.




*Harga yang disebutkan adalah untuk seorang bagi pakej penginapan sebilik berempat.

Berdasarkan jadual di atas, kita dapati Pakej Hilton towers ini tidak ditawarkan pada musim Umrah di Bulan Ramadan.


Perlu diingat, apabila kita mengambil pakej ini sebagai pilihan, janganlah kita menganggap ia adalah ‘Pakej VIP’. 


Ia tetap pakej ekonomi yang di’lebihkan’ dengan penempatan yang lebih baik bertaraf 5 bintang yang berjarak 50 meter dari Masjidil Haram.


Manakala ketika di Madinah nanti, para jemaah Umrah Hilton Towers akan tetap menginap di hotel bertaraf 3 bintang yang bernama “Mubarak Silver Hotel” bersama-sama jemaah-jemaah Andalusia dari pakej-pakej yang lain.


Tujuan pakej ini ditawarkan adalah semata-mata memudahkan urusan Ibadah dengan pakej ‘mampu beli’ untuk bakal jemaah Umrah di Kota Makkah Al-Mukarramah.



umrah bersama ustaz hasnul, Pakej Umrah 2015 Terbaik Dan Murah, Pakej Umrah Hilton
Terima kasih dari saya Ustaz Hasnul kepada tuan puan kerana membaca artikel ini

SMS WHATSAPP dan CALL 

013 399 0877

KLIK LINK DIBAWAH INI SEKARANG UNTUK 1 SOALAN MUDAH DAN  BERPELUANG MENDAPAT RM50 TUNAI

ANDALUSIATRAVELUMRAH.COM HARGA TERBAIK UNTUK UMRAH Bagi jemaah Malaysia. Pakej ekonomi terbaik dalam kelasnya

Jika inginkan pakej umrah tahun 2015 ataupun pelan VIP, hubungi 013-399 0877 untuk penjelasan lanjut. 

9 comments

jom join dan support first segmen yaya http://sweetsouryaya.blogspot.com/2014/09/first-segmen-jom-tambah-kawan-by-lieya.html

In Shaa Allah bakal ke sana soon..Good luck yumida..

Baru je borak dgn mak mertua td psl umrah dan haji. :) tq sis!

Entry menarik dan terbaik..lengkap segalanya kt dlm entry ni ..

Wonderful Post ! I really appriciate for this post above you shared for all of us. But performing Hajj is very costly today. Because Hajj packages and Eiman Travels Umrah Packages are costly now a days. But I have seen that Eiman Travels are provided cheapest rate for hajj and ummrah. It will be faithful journey for all of you. I had done my journey of Ummrah recently. Then i will suggest you this travel agency. Please visit this page http://www.eimantravels.co.uk

Menawarkan Ground Haji VIP dan Umrah 2015 / 1436H

Untuk maklumat lanjut layari www.abkhgc.com

sy bercadang utk mengerjakan umrah tahun dpn anatara bulan 2,3 atau 4. dan org kata klu pergi dlm group akn lebih murah. betul ker? klu betul, minta send details kt email sy di eiz3012@gmail.com


EmoticonEmoticon