Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3

Konsert AF 2014 minggu 3 telah pun berlangsung malam semalam dengan membawa tema lagu hits fantasia. Komen aku bagi Konsert AF 2014 minggu 3 ni, hanya Ewal, Firman dan Nuha memberikan persembahan terbaik. Yang lainnya, persembahan biasa bagi aku. Suam-suam kuku. Lagu minggu 3 ni best-best tapi sayangnya feel tu tak sampai. Persembahan tak all out. Tak memukau.

Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu 3.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 3


Azwan AF 2014 – Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Ewal AF 2014 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
Firman AF 2014 – Relakan Jiwa (Hazama)
Aman AF 2014 – Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Zarif AF 2014 – Aduh Saleha (Mawi)
Farez AF 2014 – Awan Nano (Hafiz)
Adel AF 2014 – Jahat (Stacy)
Muna AF 2014 – Percayalah (Indah)
 Nina AF 2014  – Ilusi (Adira)
 Ziha AF 2014 – Hatiku Milikmu (Nera)
Nuha AF 2014 – Aku Lebih Tahu (Mila)

Tahniah buat 11 peserta AF 2014 yang telah menjayakan Konsert ke-3 Akademi Fantasia 2014 malam semalam. Jom layan gambar persembahan peserta AF 2014 di Konsert Akademi Fantasia Minggu 3:

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3
Ewal AF 2014 dengan lagunya Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Persembahan terbaik! Ada suntikan kekreatifan dalam nyanyian, lontaran vokal yang memukau penonton. Best! Dengar berulang kali pun tak jemu!

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3

Adel AF 2014 membawa lagu rancak berjudul Jahat. Ada energi masa perform lagu ni cuma kurang rasa ‘wow’. Nyanyian tak begitu mengusik jiwa penonton. Persembahan biasa.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3
Nuha AF 2014 dengan lagunya Aku Lebih Tahu. Vokal yang unik, sedap didengar, kawalan vokal jugak bagus. Nuha persembahan peserta AF 2014 yang amat dinanti-nantikan oleh aku. Dia ada gaya tersendiri menyanyi.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3
Firman AF 2014 dengan lagunya Relakan Jiwa. Kedengaran sebutan Firman kurang jelas. Datuk Aznil amat menyukai persembahan Firman. Datuk Ramli MS puji persembahan Firman memberansangkan katanya. Low note Firman sedap cuma part high note kalau tak dikawal boleh terbabas jadinya. Minggu 3 ni nampak ada peningkatan buat Firman.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3
Farez membawa lagu Awan Nano. Pada awalnya, Farez memang kurang suka lagu ni. Tapi selepas perform lagu ni, Farez dapat pujian dari Datuk Aznil. Farez tersingkir di minggu 3. Siapa sangka, lagu Awan Nano lagu yang mencipta kenangan terakhir di Akademi Fantasia 2014.

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3
Zizan Razak & Faizal Ismail (FBI)

Juri Akademi Fantasia AF 2014 Minggu Ketiga

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 3, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Ketiga, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-3, Nuha, Ewal, Firman persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 3
Kredit foto: Page Akademi Fantasia

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Tarikh konsert AF 2014 Minggu 3: 21 September 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)


3 comments

masing2 cuba jadi yang terbaik tapi too much over confident laa kak yumida.... pendapat sha ler...


EmoticonEmoticon