Hanez Suraya dipantau polis kerana ugutan

Pihak Istana Budaya akan melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, tindakan itu berikutan langkah berjaga-jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima pelakon Hanez Suraya yang dibuat oleh segelintir individu selepas dia dikatakan merampas suami orang.

Kesan kontroversi terhadap Hanez Suraya, gambar Hanez Suraya, Hanez Suraya bercinta dengan suami orang, kontroversi Hanez Suraya, Hanez Suraya dipantau polis kerana ugutan
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun
Kisah kontroversi 2014: Pemusnah rumah tangga/ sebagai orang ke-3

"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan," katanya pada sidang media Teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, Selasa.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, kontroversi rampas suami orang yang menimpa pelakon itu tidak akan menjejaskan penonton yang bakal hadir menyaksikan pementasan tersebut. Malah katanya, insiden itu secara tidak langsung memberi promosi awal yang besar kemungkinan mampu membuatkan penonton tertarik menyaksikan pementasan berkenaan.

Kontroversi mengenai Hanez Suraya mula tercetus selepas pelakon itu membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Bagaimanapun Hanez Suraya menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
Sumber: Mstar & kredit foto to Harian Metro

Fuh… Ugutan tu yang gerun dengar. 

7 comments

Assalamualaikum dan salam singgah lewat malam dik Yumida..betul tu dik rasa gerun kalau terima msj yang berunsurkan ugutan...

macam2 hal sekarang ni...hmmmm

dah jadi artis kenala tanggung sebarang risiko

ms tgk teater suara kita haritu ada iklan teater hanez ni, satu panggung tu dok boooo ke die..

mmg ptt la ada security utk die..xpasal2 nnti..hohoh

mmg takut bila kena ugut kan??? apapun sbg artis mmg xlari dari pelbagai gosip dan perhatian dari peminat.. jd segala tindak tanduk perlulah dijaga klu tak mau berdepan dgn pelbagai mslh kelak.. artis xlari dari menjadi perhatian xkira di mana dia berada..


EmoticonEmoticon