Harga Samsung Curved UHD TV RM21,999

Pergh! Samsung lancarkan tv baru. Kali ni lebih canggih. Sebab apa? Sebab dengan tv UHD ni akan memberi pandangan panorama. Lebih jelas, lebih berkualiti gambar disiarkan.

Harga Samsung Curved UHD TV RM21,999, harga tv samsung
Samsung lancarkan TV melengkung UHD

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd terus agresif mengekalkan kedudukannya dalam segmen televisyen keupayaan definisi ultra-tinggi (UHD), menerusi pelancaran produk terbarunya, Samsung Curved UHD TV.

Matlamat Samsung Curved UHD TV:
Memberikan pelanggan Samsung kelebihan untuk meneroka pengalaman baru menonton televisyen. Samsung berusaha mengekalkan penguasaan pasaran dalam segmen televisyen UHD.

Kelebihan Samsung Curved UHD TV:
Memberikan pengguna pengalaman menonton yang lebih menarik berbanding skrin rata, serta sudut tontonan panorama yang lebih luas. Kualiti gambar yang jelas kerana ia memiliki resolusi empat kali ganda melebihi definisi tinggi (HD) penuh. Samsung Curved UHD TV berukuran 65 inci. Kualiti gambar Samsung Curved UHD TV yang lebih baik dan inovatif.
Sumber: Berita Harian

65 inci tuuuu.. Yang beznya tv UHD ni memberikan kualiti gambar tinggi! Untung la siapa yang beli tv ni, lebih jelas, lebih panorama,dapat tengok sudut tontonan tv terbaik! 

13 comments

adehh mahalnya..tak mampu la

Wow..ni mahu kena gantung tinggi...pecah kalau capai dek bebudak..hehe

Jom singgah GA Fuza

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

tak mampu ler nak beli....hheee... akk asik tengok citer on9 je, takde tb pun tape...

Terima kasih.. Hadiah fm dah diterima.. Tqvm.

boleh buat deposit kereta tu

Wow..itu khas untuk buat tgk wayang aja dekat rumah.Buat la panggung wayang mini dekat rumah.tapi camanapun tak mampulah beli tv dengan hg macm tu..orang kaya raya bolehlah kot...

tv mmg mnarik.
harga lagi menarik..
kalau dpt ni mmg x kuar rumah dh rasanyer.
duk layan 24jam depan tv.

cantik memang la cantik tp harganya tuh...adoila...

kalau siap sekali dengan home theatre memang berdentam dentum ler rumah.....hihi

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...mahalnyer mak hai...


EmoticonEmoticon