10 fakta mengenai Bubba Watson

Bubba Watson kini semakin dikenali. Tahukah kengkawan semua, Bubba Watson memakai jam berharga RM1.6 juta. Mahal giler jam dia! Kalau beli kereta dapat 10 bijik dah. Sebut pasal Bubba Watson, automatik aku teringat kat Tiger Wood. Pasal mereka berdua terlibat dalam bidang yang sama..main golf! Bubba Watson merupakan pemain kidal yang mempunyai pukulan tee paling jauh di dunia. Haa…pasal tu.. Bubba Watson ni sangat famous!

10 fakta mengenai Bubba Watson. Gambar Bubba Watson. Biodata Bubba Watson. Bubba Watson pemukul tee paling jauh di dunia. Bubba Long, Bubba Long in Pink. Isteri Bubba Watson Angie Watson.
Bubba Watson

Kenali 10 fakta mengenai Bubba Watson 


1. Bubba Watson bukan nama sebenar beliau. Nama sebenar Bubba Watson ialah Gerry Lester Watson Jr di Bagdad, Florida pada 5 November 1978. Beliau mendapat gelaran Bubba sempena nama bekas pemain American Football, Bubba Smith. Bubba Watson menduduki tempat kelima dalam Terbuka AS 2007 dan menjadi naib juara Kejuaraan PGA pada 2010 tetapi kemenangan di Masters adalah gelaran Major pertama sepanjang kariernya.

2. Biasanya barangan paling mahal yang dibawa seseorang pemain golf adalah driver, tetapi bagi Bubba Watson beliau mempunyai citarasa yang menarik kerana memakai aksesori yang mahal di pergelangan tangan kirinya iaitu seutas jam yang direka secara ekslusif oleh Richard Mille. Mille hanya membuat 38 utas jam berkenaan dan ia dinamakan "RM 038". Dengan harga setinggi AS$525,000 (RM1.6 juta) anda mungkin perlu menjadi seorang juara untuk memilikinya.

3. Bubba Watson secara rasminya adalah pemukul drive paling jauh dalam PGA sepanjang 2012 dengan purata 309.9 ela. Dia memberi gelaran "Bubba Long" kepada dirinya sendiri kerana kemampuan membuat pukulan jauh dari tee tetapi tahun ini dia menggelar dirinya "Bubba Long in Pink" kerana menggunakan driver yang dicat warna merah jambu.

10 fakta mengenai Bubba Watson. Gambar Bubba Watson. Biodata Bubba Watson. Bubba Watson pemukul tee paling jauh di dunia. Bubba Long, Bubba Long in Pink. Isteri Bubba Watson Angie Watson.
 Bubba Long in Pink

4. Bubba Watson bekerjasama dengan penaja dan pembekal driver PING untuk menubuhkan "Bubba and Friends drive to a million" di mana syarikat itu mendermakan AS$300 (RM923) untuk 300 pukulan awal sejauh 300 ela dalam kejohanan sepanjang 2012.

5. Bubba Watson memiliki kereta paling popular dalam sejarah televisyen, sebuah kereta Dodge Charger jingga edisi 1969 atau dikenali sebagai "The General Lee", popular dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard. Bubba Watson membelinya selepas membuat perjanjian dengan isterinya bahawa dia akan membeli kereta itu selepas memenangi acara PGA pertamanya. Kereta itu dibeli pada harga AS$110,000 (RM338,569).

6. Isteri Bubba Watson iaitu Angie Watson adalah bekas pemain bola keranjang di Amerika Syarikat. Angie bermain mewakili Universiti Georgia sebelum bermain secara profesional di Eropah dan NBA Wanita di AS.

10 fakta mengenai Bubba Watson. Gambar Bubba Watson. Biodata Bubba Watson. Bubba Watson pemukul tee paling jauh di dunia. Bubba Long, Bubba Long in Pink. Isteri Bubba Watson Angie Watson.
Isteri Bubba Watson – Angie Watson

7. Bubba Watson dan isterinya, Angie Watson memulakan hidup berkeluarga selepas mengambil anak angkat, Caleb. Selepas kemenangan Masters.

10 fakta mengenai Bubba Watson. Gambar Bubba Watson. Biodata Bubba Watson. Bubba Watson pemukul tee paling jauh di dunia. Bubba Long, Bubba Long in Pink. Isteri Bubba Watson Angie Watson.
Bubba Watson dan isteri, Angie Watson. Bersama anak angkatnya, Caleb.

8. Bubba Watson menyertai kumpulan nyanyian bernama The Golf Boys yang disertai rakan pemain golf iaitu Hunter Mahan, Ben Crane dan Rickie Fowler. Mereka merekodkan single 'Oh Oh Oh' lengkap dengan muzik video yang dihasilkan secara profesional.

9. Sensasi pop dunia, Justin Bieber mendedahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa dia dan Bubba Watson kini bersahabat baik selepas bertemu pada hari selebriti golf.

10. Bubba Watson berdepan kontroversi yang tidak disengajakan Julai lalu apabila komennya kerana gagal melepasi had kelayakan Terbuka Perancis dikritik media dan peminat.
Sumber: Utusan & kredit foto 1 2 3 4

Bila ada duit macam-macam boleh beli. Jam mahal, kereta mewah. Kehebatannya dalam permainan golf merupakan aset bernilai bagi dirinya. Itulah bakat yang ada pada Bubba Watson. Sepopular dengan Tiger Wood. Mengenali 10 fakta mengenai Bubba Watson memang ciri-ciri yang menarik!

9 comments

Thanks share info tentang Bubba Watson ni, selama ni zumal tak kenal pun...

Assalamualaikum yangg, takkenal la dia ni... Tiger woot je tahu siapa.. hahaha singgah menabung digi sini~~~

Setaraf tiger wood la nie... baru tahu..

1st time kenal dia nih..seblm ni x kenal..thanks yumida perkenalkan..haaha

Antara manusia yg hebat & berjaya...

xpernah kenal pn dengan dia nih..yg kenal Tiger Wood tu jer..apapn mmg mahal giler laa hanya seutas jam jer pun..


EmoticonEmoticon