Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 buat pendaratan kecemasan

Lagi menerima berita berkaitan permasalahan kapal terbang. Kali ni membabitkan pesawat MAS ke Bangalore, India. Punca pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 membuat pendaratan kecemasan kerana berlakunya tayar pecah. Pesawat MH192 membawa muatan seramai 166 orang. 159 penumpang dan 7 anak kapal. Ketika kejadian, penumpang yang duduk di bahagian sayap pesawat mendengar bunyi bising dan merasai gegaran kuat ketika mana juruterbang cuba untuk berpatah balik. Alhamdulillah, nasib takde apa-apa buruk yang berlaku. MH192 mendarat dengan jayanya.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pagi Isnin (21/04/2014) kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

MH192 mendarat cemas, Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 buat pendaratan kecemasan, mh192 patah balik, tayar mh192 pecah
Pesawat MH192 patah balik dan selamat mendarat di  KLIA

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Ahad ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

"Pesawat itu melakukan dua pusingan sebelum mendarat. Kesemua kami tenang melalui keadaan itu. Kami hanya takut sewaktu pesawat itu berlepas dan ketika kami diberitahu bahawa kami perlu bersedia untuk mendarat,” - penumpang

Mereka diberitahu bahawa juruterbang perlu menghabiskan minyak terlebih dahulu sebelum mendarat. Penumpang melahirkan rasa kelegaan apabila selamat mendarat dan memuji juruterbang MAS yang mengendalikan situasi itu dengan baik.
Sumber: Mstar 1 & 2

8 comments

Alhamdulillah, selamat mendarat..
Takut jak dengar..

Takut jakdengar eh.
Alhamdulillah selamat juak sidak mendarat nak

Alhamdulillah semua penumpang selamat

Alhamdulillah nasib baik semuanya selamat...

Alhamdulillah semuanya selamat..

menjadi trending di twitter dan facebook....

alhamdulillah semua selamat...


EmoticonEmoticon