Hasrul Hassan: Panduan berblog - tempat mempelajari ilmu blog tiada berpenghujung

Semalam (31/03/2014), masa buka Facebook, seperti biasa jariku ligat mengskrol. Membaca perkembangan terkini di news feed FB dan status yang ditulis rakan-rakan. Baca sepintas lalu. Mana yang kurang penting aku selalu skip. Ye la berbekalkan 2 jam beronline setiap hari, tak dapat nak lama-lama depan internet. Nak update blog, baca berita online, baca perkembangan terkini di FB. Semuanya harus cepat..masa itu emas. Hihi.. Then, aku terpana dan terhenti mengskrol seketika. Kerana….

Hasrul Hassan: Panduan berblog
Blogger Hasrul Hassan
Petikan kata-kata dari Facebook blogger Hasrul Hassan:
Ok. Blog aku tak jadikan aku kaya, walaupun ada income yang masuk. Tapi serius, dan jujur aku cakap, blog aku hanya mampu jana income setakat membyar bil yang ada sahaja (setakat ini).

Walaupun blog aku trafiknya agak baik dan ada pembaca dan pengikut sendiri, agak sukar sebenarnya untuk dapatkan 3-4 angka sebulan dengan blog. Tapi tidak mustahil dilakukan kerana ada sahaja blogger yang berjaya buat.

Dalam aku mencari cara dan jalan penyelesaian, aku cuba sebolehnya tidak lokek dengan ilmu yang ada. Jika aku berjaya buat, in Sha Allah aku kongsikan walau ia hanya mampu berikan RM10 seminggu. Itu cara aku. Orang lain aku tak tahu.

Dan telah ditanam dalam diri aku, bahawa sedekah amal itu lebih tinggi nilainya daripada duit berkepok masuk ke poket sendiri. Jika ada rezeki lebih, aku kongsi setakat mampu dan daya, kerana datangnya rezeki itu atas kalian juga, dan diilhamkan dan atas kurniaan oleh Allah S.W.T.

Sesiapa jua boleh gah dengan apa yang mereka dapat hari ini, tetapi esok lusa belum tentu. Jadi kelebihan sekarang, rezeki diberi sekarang, jadikan ia satu modal untuk mendapat lebih baik di akhirat nanti. In Sha Allah.
Amal itu tidak mengira kau kaya atau miskin.

Hatiku tersentuh membacanya. ‘…tidak lokek dengan ilmu yang ada’. Ada kebenaran dalam kata-katanya. Sepanjang aku berblog, banyak ilmu blog yang aku perolehi melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ditulis oleh dirinya di blog Hasrul Hassan. Ilmu mengenai blogspot, ilmu SEO, ilmu tingkatkan trafik, ilmu tingkatkan pendapatan berblog, ilmu Google pagerank, alexa rank dan banyak lagi! Apa yang diketahui beliau akan dikongsi bersama dengan pembaca. Tidak pernah lokek dengan ilmu! Itu yang membuatkan aku kagum dengan beliau. Blogger bermurah hati..

Semalam, beliau ada berkongsi cara tingkatkan pendapatan menerusi pengiklanan Komli: Cara Optimasi Iklan Komli. Malah sebelum ini begitu banyak dan banyaknya tips menjana pendapatan menerusi berblog dikongsi bersama pembaca. Antaranya 2 Cara Jana Pendapatan Dengan Affiliate, Income Pertama H12 Media Ads, 6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli, Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog, tips itu ini. Kalau rajin skodeng memang banyak ilmu yang kita perolehi dan pelajari.

See, mana kita nak jumpa blogger yang ingin berkongsi rahsia dengan telus. Semua orang nak income melalui blog. Ada yang jenis merahsiakan teknik, ada yang tidak kisah. Berkongsi ilmu, teknik, rahsia menjana pendapatan dengan semua orang. Berbekalkan prinsip, ‘…ditanam dalam diri aku, bahawa sedekah amal itu lebih tinggi nilainya daripada duit berkepok masuk ke poket sendiri’. Subhanallah, sungguh suci dan murni niatnya dalam berblog.

Kata-kata ini, Sesiapa jua boleh gah dengan apa yang mereka dapat hari ini, tetapi esok lusa belum tentu. Jadi kelebihan sekarang, rezeki diberi sekarang, jadikan ia satu modal untuk mendapat lebih baik di akhirat nanti’. Moga kita sisipkan kata-kata ini dalam diri kita. Sebarang kelebihan kita, manfaatkan dengan sebaik mungkin. Kongsikan kelebihan kita dengan semua orang. Jika berilmu, ajarilah ilmu itu dengan orang lain. Kerana amalan ilmu itu berpanjangan sehingga kita menutup mata nanti.

Buat blogger Hasrul Hassan, terima kasih atas perkongsian ilmu yang dicurahkan selama ini. Moga saudara Hasrul Hassan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

15 comments

Selalu jenguk blog tok ;D Byk perkongsian ;D

saya pun salah seorang pminat brader HH tu. yes, memang banyak perkongsian disitu.

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...jarang pulak Diana singgah blog tok...InsyAllah ada masa Diana nak jugak ke blog beliau...

Banyak perkongsian yang dilakukan oleh bro hasrul. Banyak manfaatnya.

Saudara HH mmg org yg saya respek... mmg sifu blog.. :)

Setuju tu...blogger HH memang selalu beri tip dan panduan berblog...

Bunda pun kagum dengan pencapaian dan cara beliau berkongsi ilmu...

blogger hh memg tdk kedekut ilmu..

Assalamualaikum yanggg. Jangan kedekut ilmu, sheila pun suka share apa yang sheila tahu. hehehe

Kadang, banyak sangat iklan buat pembaca bosan. Paling penting sentiasa jaga kualiti blog, supaya banyak return reader masuk.

TQ..perkongsian yang baik.. akan cuba memperbaiki blog agar menjadi lebih menarik minat pembaca.. In shaa Allah..

setuju sgt. especially iklan pop up yg xde button close. nak baca isi entry pun mcm menganggu je.

wsalam kak. aah blog yg mesti nak singgah. kalau x singgah rs mcm keciciran ilmu. pemilik blog yg kaya dgn ilmu n x lokek bersharing bersama pembaca. selalu jd silent reader

terima kasih yumida atas perkongsian.. Fiza pun jarang ke blog HH.. nak kene terjah selalu nie...


EmoticonEmoticon