Temptation of Wife – drama Filipina Telenovela TV3

Temptation of Wife drama Filipina terbaru di TV3. Temptation of Wife disiarkan menerusi slot Telenovela. U olls boleh menyaksikan drama ni hari Isnin sampai Khamis. Bermula jam 3 petang. Ni mak aku confirm peminat setia Temptation of Wife. Mana tak nya, jam 2 petang tengok Sinetron Cintaku. Lepas tu sambung tengok Telenovela Temptation of Wife jam 3 petang. Memang kontrak habis! Hihi.. Janji hati senang kan mak.. Oh ya drama Temptation of Wife diadaptasi dari drama Korea. Patut la..bila search Temptation of Wife kat Google berlambak sinopsis cerita Korea timbul. Tapi kalau jalan ceritanya menarik, drama adaptasi macam ni sokong sesangat.

Sinopsis Temptation of Wife

‘Temptation of Wife’ mengisahkan Angeline Santos dan Heidi Fernandez yang berkawan rapat sejak Heidi diletak bawah jagaan ibu bapa Angeline selepas ibu bapa Heidi meninggal dunia. Walaupun mereka sangat rapat seperti adik beradik, namun Heidi sentiasa berasa iri hati dengan Angeline.

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.

Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.

Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.
Sumber: Wikipedia & Budiey

Gambar Temptation of Wife

Temptation of Wife – drama Filipina Telenovela TV3. sinopsis Temptation of Wife. gambar Temptation of Wife. pelakon Temptation of Wife

Pelakon Temptation of Wife

Marian Rivera - Angeline Santos-Salcedo/Chantal Gonzales
 Dennis Trillo - Marcel Salcedo
Glaiza de Castro - Heidi Fernandez
 Rafael Rosell - Nigel Armada

Saksikan drama Filipina slot Telenovela: Temptation of Wife
Jumlah episod: 56 episod
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 3.00 petang hingga 4.00 petang
Saluran: TV3

4 comments

Drama favourite tok! ;) Nasib bait best ^_^

56 episod.. petang pulak. Tak dpt nk tengok.. :)

peh!! mama baru tengok episod yang angeline nampak husben dia marcel nak kiss kiss tu.. kikiki... nak tengoklah.. best gile

kekdg sempat tgk kejap2 jer..jdnya xtau jln citer sebetulnya..dr sinopsis citer nih mmg best laa..


EmoticonEmoticon