Filem Bahaya Cinta

Bahaya Cinta. Nampak unik tajuk filem tu. Dari pemilihan tajuk filem, menimbulkan tanda tanya..apakah kisah yang dibawa menerusi filem Bahaya Cinta. Orang bercinta ker? Orang mempunyai minat yang mendalam tentang sesuatu ker? Haa..nanti kita sama-sama tengok di pawagam bulan Mei depan. Khabarnya pengambaran filem ni dilakukan di Vietnam. Wah, beznye. Untung la kru pengambaran dan pelakon semua. Ehem..Adam AF pun ada berlakon sekali tau dalam Bahaya Cinta ni.

Sinopsis Bahaya Cinta

Bahaya Cinta mengisahkan pengorbanan seorang wanita Vietnam lakonan Han Dan yang mengimbas kembali detik cemas ketika melarikan diri ke Malaysia akibat perang dan tinggal di kem penempatan pelarian di Pulau Bidong, Terengganu. Beliau mengharungi hidup selepas berkahwin dengan rakyat tempatan yang juga seorang nelayan Melayu.

Wanita itu meminta anak lelakinya, Iskandar (Adam AF) mencari seseorang yang juga bekas kekasihnya untuk menyampaikan suatu pemberian nostalgia sebelum melarikan diri ke Malaysia kira-kira 35 tahun lalu. Semasa di Hanoi, Iskandar mengalami pelbagai cabaran dan dugaan termasuk berhadapan dengan kegiatan kongsi gelap dalam usaha menyampaikan amanah diberikan ibunya. Pada masa yang sama dia bertemu cinta dengan gadis Vietnam.

Cabaran menghasilkan filem Bahaya Cinta:

Penerbit dan pengarah filem Bahaya Cinta, Yusof Kelana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjalani penggambaran filem kerjasama antara Malaysia dengan Vietnam itu. Yusof berkata, pihaknya terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam sebelum menerbitkan filem berkisarkan peristiwa.

"Kami menghadapi banyak kesulitan ketika proses penggambaran terutamanya membabitkan kerajaan Vietnam. Mereka meletakkan larangan dan syarat tertentu kepada kami serta meminta untuk menapis skrip terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara itu. Skrip ini juga diolah semula mengikut kehendak mereka dan beberapa babak. Kami sukar untuk berinteraksi kerana mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, sebaliknya kami menggunakan bahasa isyarat dan terpaksa melakonkan semula bagi memberi penerangan kepada mereka,” – penerbit & pengarah filem Bahaya Cinta

Kata Yusof, selain itu, mereka turut berhadapan dengan masalah komunikasi apabila keseluruhan kru produksi di negara itu tidak boleh berbahasa Inggeris. Sementara itu, Yusof berkata, filem Bahaya Cinta memaparkan aspek perkongsian budaya dan penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Gambar Bahaya Cinta

Filem Bahaya Cinta. sinopsis Bahaya Cinta. gambar Bahaya Cinta. pelakon Bahaya Cinta. cabaran menghasilkan filem Bahaya Cinta

Lokasi penggambaran filem Bahaya Cinta:

Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong.

Pelakon Bahaya Cinta:

Adam (AF2), Han Dan, Luong Giang, Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Amanda (Indonesia), Datuk Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak.

Tarikh Bahaya Cinta ditayangkan di pawagam:
1 Mei 2014
Sumber: Mstar & Galaksi

6 comments

Menarik ni.. klu kelapangan nak juga tengok mcm mana ceritanya.. thanks sharing Yumida.. :)

mcm menarik jer..xpernah dgr pun movie nih..


EmoticonEmoticon