Pesta Kaul Mukah 2014

Sabtu lepas, aku dan hb pergi ke Pesta Kaul. Pesta Kaul merupakan perayaan masyarakat Melanau di Mukah. Sampai je kat sana, dari jauh dah nampak kelibat orang ramai dan khemah yang dah terpacak. Dengan godaan bau ayam panggang. Hmmm…membuatkan perut berkeroncong sekali.

Pesta Kaul Mukah 2014
Pesta Kaul Mukah 2014

Tahun lepas pun aku ada pergi. Meriah! Macam-macam aktiviti ada. Pesta Kaul Mukah tahun 2014 ni memang aku puji sikit la. Nampak ada pembaikan dan perancangan sistematik yang diorang dah aturkan. Contoh, ada pili air sekitar gerai. Memudahkan penyewa gerai makanan mencuci pinggan. Ada petugas di tandas, yang menjaga kebersihan tandas. Malah mudah untuk parking kereta. Tahun lepas agak sukar mencari parking, semuanya penuh dan sesak.

Pesta Kaul Mukah 2014
Deretan gerai yang menjual pakaian dan makanan

Pesta Kaul Mukah 2014
Orang ramai lalu lalang di Pesta Kaul Mukah

Pesta Kaul Mukah 2014
Ada sukaneka juga. Mengguling batang pokok.

Pesta Kaul Mukah 2014
Permainan tibau yang glamour

Pesta Kaul Mukah 2014
Gerai jualan yang cantik! Bermacam dekorasi tradisional! Unik!

Pesta Kaul Mukah 2014
Bila ada program besar macam ni. Paling laku air! Air ais sungguh menggoda di kala panas. Hihi.. Macam-macam pameran ada di Pesta Kaul Mukah. Mempromosi barangan pertanian tempatan, kerepek, serunding, kuih tradisional, menjual pakaian, menjual mainan dan sebagainya.


Sempat jugak hb aku rembat serunding. Serunding ayam dan serunding daging Agro Mas. Yang ayam harganya RM2.50. Mankala daging harganya RM3.00.

11 comments

cik akak ada juak pergi sekali jak...hihi..
klik nuffnang

sedapnya tu serunding..myrah je.lya tak pernah jumpa lgi kat cne

assalamualaikum
singgah pagi
hari ini x sempat nak baca sangat sebab bz
happy day

teringin mok pegi pesta kaul.. Insyaallah ada rezeki next time mok pegi..

permainan tibau.. 1 st time baca.. menariknye aktiviti pesta nie.. berbeza dengan semenanjung...

acara menguling batang pokok tu yg menarik...ada wanita yg amik bahagian tak hehe

pesta macam ni dapat tarik pelancong.. mesti best kalau dapat pergi..
mulala semua benda nak try dan nak di borong..>.<

macam best jer pesta2 macam nie...

Regards,
-Strider-

1st time dgr nama pesta ni.. menarik jugak eh.. mengguling batang pokok? wahh.. larat eh dorang..

wah seronoknya.. maybe nxt time kalau nak datang sana datang masa ada pesta mcm ni barulah meriah kan? kan?

Menariknya pesta sebegini.. murah la serunding tu..


EmoticonEmoticon