Dia Bukan Cinderella

Dia Bukan Cinderella adalah drama Sinetron yang sedang hangat dipertontonkan di kaca tv. Dapat tahu drama Dia Bukan Cinderella ni pun dari anak buah. Asyik sebut-sebut je drama ni. Katanya jalan cerita best. Drama yang mendapat sambutan hangat dari budak berumur 9 tahun, membuatkan aku mencari sinopsis drama ni. Setia je dia tunggu depan tv semata-mata nak tengok drama Dia Bukan Cinderella ni. Jom baca sinopsis Dia Bukan Cinderella.

Sipnosis Dia Bukan Cinderella 

Nadia adalah gadis berusia 16 tahun. Tidak seperti remaja seusianya, penampilan Nadia kelihatan skema dan ketinggalan zaman. Meskipun begitu, Nadia adalah gadis yang lincah, ceria, sekaligus menyenangkan hati semua orang. Nadia tinggal bersama Dinda, iaitu ibunya, dan kucing kesayangannya di Purwokerto, Jawa Tengah. Penampilan Nadia itu kerap membuatnya menjadi bahan ejekan teman-teman sekampung.

Suatu hari, ketika Nadia diganggu oleh teman-temannya, datanglah seorang lelaki kacak, lantas menolongnya. Semenjak itulah, Nadia menganggap lelaki tersebut sebagai jejaka impiannya. Pada masa yang sama, Nadia menghidapi penyakit. Dek penyakit itu, Nadia sering berasa lemah, cepat penat dan tertekan. Ibunya iaitu Dinda cuba berusaha mengubati penyakit tersebut. Ibunya menerima makluman, hanya hospital sahaja dapat mengubati penyakit Nadia. Berbekalkan wang yang ada, ibunya menghantar Nadia ke Hospital di Jakarta.  

Di Jakarta, Dinda terjumpa Yoga. Iaitu bekas kekasihnya merangkap ayah kandung Nadia. Perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan Nadia. Malah Yoga juga tidak mengetahui bahawa Nadia ialah anak kandungnya. Kerana ketika Dinda hamil, Yoga telah meninggalkan perkampungannya untuk pergi menuntut ilmu. Dinda menyimpan amarah dan dendam dan tidak akan memberitahu hal kehamilan tersebut dari Yoga.

Kini Yoga ditugaskan di Hospital tempat Nadia dirawat. Malah Yoga merupakan doktor yang merawat Nadia. Ketika Dinda dan Nadia dirompak, Yoga datang menyelamatkan keadaan. Lantaran itu, Yoga memaklumkan pada mereka untuk tinggal di rumahnya. Namun segera tawaran itu ditolak. Oleh kerana memikirkan situasi genting Nadia untuk mengubati penyakitnya, akhirnya Dinda bersetuju dengan tawaran itu.

Mengetahui Dinda tinggal di rumah Yoga, menimbulkan rasa cemburu di hati Vera. Iaitu kekasih Yoga. Apatah lagi bila mengetahui Dinda merupakan bekas kekasih Yoga suatu ketika dahulu.

Pelbagai anasir jahat dilakukan oleh Vera untuk mengusir Dinda dari rumah itu tetapi tidak berhasil. Melihat situasi itu, Vera bertambah geram. Dia tidak mahu rancangannya terkubur dengan kehadiranDinda. Dia mahu menguasi harta keluarga milik Yoga.

Di sekolah, Nadia terjumpa lagi lelaki yang pernah membantunya iaitu Marcel. Harapan untuk berdampingan dengan Marcel punah bila mengetahui Marcel sudah mempunyai kekasih iaitu Amanda. Lebuh mengeruhkan keadaan bila mengetahui Amanda merupakan anak kepada Vera. Seteru ibunya. Amanda membenci kehadiran Nadia. Amanda dan ibunya Vera mula menabur fitnah tentang siapa ayah kandung Nadia. Mereka membuat cerita bahawa Nadia merupakan anak haram.

Justeru itu membuatkan Nadia bertambah sedih. Nadia meminta ibunya menceritakan hal sebenarnya. Namun segera ditolak oleh ibunya. Dengan hati kecewa dan sedih, Nadia mengadu pada Yoga. Ketika itu, Nadia berharap Yoga akan membantunya mencari siapa ayah kandungnya.

Dalam proses menyiasat siapa ayah kandung Nadia, hubungan Yoga dan Nadia bertambah akrab. Yoga menyayangi Nadia sepertimana anak kandungnya, begitu juga Nadia. Nadia sendiri mengelamun bahawa Yoga adalah ayah kandungnya. Ironinya, kedua-duanya tidak mengetahui bahawa mereka sememangnya ada pertalian antara ayah dan anak kandung. Apakah rahsia itu akan terbongkar? Bagaimana dengan reaksi Amanda dan Vera bila mengetahui perkara tersebut? Apakah Marcel akan setia pada Amanda? Atau jatuh cinta pada Nadia? Saksikan drama Indonesia Dia Bukan Cinderella di kaca tv anda.

Gambar Dia Bukan Cinderella 
gambar Dia Bukan Cinderella , sinopsis Dia Bukan Cinderella , pelakon Dia Bukan Cinderella

Pelakon Dia Bukan Cinderella 
Estelle Linden sebagai Nadya
Donny Michael sebagai Marcell
Kinaryosih sebagai Dinda
Teuku Ryan sebagai Yoga
Shenny Andrea sebagai Vera
Melody Prima sebagai Amanda
Eza Gionino sebagai Gino
Arumi Bachsin sebagai Rasti
Christ Laurent sebagai Gio
Conchita Caroline sebagai Selvi


Saksikan drama Dia Bukan Cinderella
Hari: Isnin hingga Jumaat
Jam: 2.00 petang hingga 3.00 petang
Saluran: Astro Ria 104

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

11 comments

Errm... Memang best citer nii :)

Selalu tgk setengah jak, sebab jam 7 tgk Aku Isterinya ;D hee

Nanti zumal nak tengok juga la, nampak cam best jer :)

ingatkan cerita Melayu.. Cerita indon, saya layang Taxi je. heheh

Sayangnya.. waktu ptg mmg tak kesempatanlah nak menonton.. :)

wah byk betul citer indon..apapun tak penah lyn pun citer nih..tak brapa minat sgt citer indon..

tak pernah layanlah cite indon....byk sgt zoommmm..hehehe

ingtkn cerita melayuuu td.. baca sinopsis.. ek ? indon rupa nya .. hehe


EmoticonEmoticon