Kelebihan dan manfaat lavender

Lavender sangat dikenali kerana baunya yang wangi! Jadi tidak hairanlah kalau kebanyakan orang suka letak haruman lavender di rumah, bilik tidur, pejabat, kereta dan sebagainya. Malah dalam kereta aku pun ada pewangi lavender ni. Kalau beli produk lavender kan, mesti ditayangkan warna unggu. Maybe bunga lavender ni kaler purple kot.

bunga lavender
Bunga lavender

Nak tahu…lavender ni banyak kegunaannya. Paling famous, lavender berfungsi sebagai penawar tekanan. Atau orang selalu cakap..lavender sebagai aromaterapi. Lavender berbau wangi, pada masa yang sama wangi tu memberi kelegaan pada yang menghidunya.

Aromaterapi, iaitu rawatan terapi bunga berupaya memberikan kelegaan atau tekanan positif terhadap kesihatan fizikal dan emosi, sekali gus membantu mengurangkan tekanan. Nak menghindari stress? Jom letak aromaterapi lavender di sekeliling. Try test :)

Kelebihan lavender:

Bau lavender menenangkan hormon tekanan, mengurangkan stress
 Lavender dijadikan antiseptik , mengelak jangkitan selsema
Pati lavender bermanfaat merawat kulit terbakar
Kebaikan lavender menyembuhkan migrain
Kegunaan lavender untuk mengatasi masalah insomnia
Lavender bermanfaat mengatasi masalah sendi dan ketegangan saraf
Fungsi lavender sebagai penawar gigitan serangga
Lavender membantu masalah kulit
Lavender berfungsi sebagai antivirus dan antiradang

Manfaat pati lavender:

Mandian: Elok untuk sakit otot , bersantai, melegakan tekanan. Letakkan enam atau lapan titis minyak pati Lavender dan sedikit garam.
Pancuran: Selepas membasahkan rambut, tambahkan 3 titik minyak Lavender ke dalam penutup air dan berdiri di bawahnya.
Pengewapan: Letakkan ‘pembakar minyak’ atau ‘pengewap’ dengan air dan letakkan enam hingga lapan titis minyak lavender dan biarkan di dalam bilik tidur atau lokasi tertutup. Ia elok diamalkan sekiranya anda kurang sihat.
Urut: Penggunaan pati aromaterapi mudah diserap ke dalam aliran darah dan membantu menenangkan fizikal dan emosi.
Tisu: Gunakan satu hingga tiga titis minyak Lavender dan sedutlah selama mana dikehendaki.
Penyedutan wap: Gunakan pati lavender sebagai terapi pernafasan. Tambah emapat hingga enam titis pati ke dalam mangkuk air panas, letakkan tuala di atas kepala anda dan bernafas dalam wap.
Terbakar: Letakkan beberapa titik minyak lavender di kawasan terbakar. Ia hanya sesuai untuk kesan kebakaran tidak serius.
Sumber: Berita Harian
Kelebihan lavender. manfaat lavender. khasiat lavender. kebaikan lavender. kepentingan lavender. gambar bunga lavender. ambi pur lavender.
Ambi pur lavender

Haa…gitu! Banyak manfaat lavender ni. Tak sangka pulak aku, lavender ni boleh digunakan dalam perubatan. Ingatkan sebagai aromaterapi je. Moh pakat reramai letak pewangi lavender ni kat rumah dan dalam kereta. Biar wangi, biar tenang, biar terhindar rasa stressnya. 

23 comments

Fuza pun suka beli bau LAVENDER. Untuk relief STRESSED katanya

Siapa belum join GA Fuza, sudi2 kan lah singgah
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

kkadang2 suka gak lavender tapi hana suka lagi bau jasmine. hehe

ambi pur lavender ni liz xsuka, brapa rgt akak beli? kt tmpt liz tgh offer 5.99 tau .

lavender peberet... kena ngn keta cik en yg kaler purple

wahhh banyak kegunaan rupanya hehe.

Byk juga kelebihannya...selama ni tau beli je..tak pernah pn amik tau hal lain...

banyak manafaat lavender ya..suka bau dia..

setiap ciptaan Allah insyaAllah ada manfaatnya yang tersendiri :)

lya memang suka haruman lavender

wangian lavender memang antara feveret akak juga :D

Akak guna pewangi lavender yg sama dlam gambar tu. Satu atas peti ais kat dapur satu atas tv kat ruang tamu, pencuci lantai pon guna bau lavender dan pelembut pakaian pun sama. Gila lavender...ehehehe...

Kamek sik suka bau lavender. Kamek suka Jasmine. Hihi.

pic google tu. selalu beli tukar2 jenis dia.

same la kite. suke bau lavender gak.

Akak pun suka bau lavendar nie yumida.. =D

tak sangka plak sebanyak nih kelebihan lavender.. tau utk kurangkan stress ja..bagus info nih..

Assalamualaikum yangg, sheila pun suka. heee tapi dah lama tak beli. sebelum nak bersalin kena p borong sket barang camni. baru nyaman masa berpantang nanti. singgah menabung YES sini~~~

Saya pun peminat Lavender...sekarang saya suka guna spray lavender dan juga essential oil dari jenama SUTRA...


EmoticonEmoticon