Program Superb (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera)

Tahniah diucapkan buat 13 pemenang geran Program Superb. Program Superb dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera. Melalui Skim Superb, mereka yang berjaya akan memperoleh geran sebanyak RM500,000 setiap seorang.

Program Superb – Skim Usahawan Permulaan Bumiputera. Apa itu Program Superb. Juri Program Superb. Cara pemilihan pemenang Program Superb. Senarai pemenang Program Superb siri 1. Tarikh Program Superb siri ke-2 ialah pada 2 Mei 2014.

Apa itu Program Superb?

Program Superb (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera) merupakan sebuah program yang diwujudkan khusus untuk membantu usahawan bumiputera dengan mengetengahkan idea perniagaan berkualiti tinggi bagi merebut geran sebanyak RM100 juta yang disediakan untuk tempoh tiga tahun ini. Peserta yang terpilih menyertai Program Superb akan disenarai pendek oleh Teraju untuk ke peringkat seterusnya sebelum dipilih sebagai pemenang oleh juri profesional.

Program Superb – Skim Usahawan Permulaan Bumiputera. Apa itu Program Superb. Juri Program Superb. Cara pemilihan pemenang Program Superb. Senarai pemenang Program Superb siri 1. Tarikh Program Superb siri ke-2 ialah pada 2 Mei 2014.
13 pemenang geran Program Superb

Senarai pemenang Skim Superb siri 1:

Megat Farril Rizal
 Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil
Muhamad Shahril Shahbudin
 Nur Hidayah Hassan
Nur Azini Mohamed Kamal
 Ku Addy Fazly Ku Radin
Mohd. Izmir Yamin
Farid Hidayat Fadzil
Mohammad Razak Hamdan
Shahrizan Najib
 Sharul Azmi Samsudin
Syahrizal Salleh
 Mohd. Khairul Naem Mokhtar

Program Superb siri 1:

Sejak penyertaan dibuka selama tiga minggu bermula pada 2 Februari lalu, sebanyak 1,719 permohonan telah diterima dan selepas melalui proses tapisan sebanyak 25 peserta berjaya ke peringkat akhir sebelum 13 daripadanya diumumkan sebagai pemenang. Manakala 12 peserta lagi diberikan hadiah saguhati sebanyak RM25,000 setiap seorang.

Juri Program Superb:

Kesemua pemenang Program Superb dipilih oleh tokoh perniagaan terkemuka negara yang bertindak sebagai juri iaitu Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin; Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun; Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Sabah, Datuk Awang Buhtaman serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OMNI Petromaritime Sdn. Bhd., Dr. Jamal Yusuf.

Cara pemilihan pemenang Program Superb:

Pemenang Program Superb dipilih berdasarkan kebolehan masing-masing dan bukan disebabkan sistem kuota atau pengaruh sesiapa.

Tarikh pelancaran Program Superb siri ke-2:

Program Superb siri kedua akan bermula pada 2 Mei 2014. Semua usahawan muda bumiputera seluruh Malaysia, sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dipelawa untuk menyertai program Superb ini.
Sumber: Utusan & foto

2 comments

Para usahawan perlu rebut peluang nie :)

Peluang yg menarik... mmg superb!


EmoticonEmoticon