Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir

Fuh…sedih wooo episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Bikin aku cengeng sekali. Especially part Mastura baca diari hitam Jebat. Setiap kata-kata dalam diari tu menyentuh hatiku. Menusuk jiwa! Best..memang best ending Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Kesedihan yang membuatkan korang terpaksa menyentak hingus korang. Ngeee :) Siapa yang terlepas tengok last episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu episod 59 dan 60. Korang kena tengok yang ulangan. Best!

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir

Mastura menelefon abang iparnya supaya segera datang ke rumah. Dengan cemas, Mastura memberitahu suaminya Jebat telah dtembak. Abang iparnya berkemas-kemas ingin segera ke rumah Mastura.

Di rumah, keadaan Jebat begitu tenat. Jebat cedera parah ditembak oleh Damia. Melihat keadaan itu Mastura panik, pada masa yang sama dia juga tidak mahu kehilangan Jebat. Abang iparnya lewat tiba di rumah. Jebat sudah tidak bermaya.

Damia kelihatan seperti orang yang hilang akal. Dia meracau-racau nama Jebat. Diserang rasa bersalah kerana menembak Jebat. Ibu dan ayahnya merasa risau melihat situasi Damia. Ayahnya memanggil seorang tok imam untuk meninjau keadaan Damia. Tok imam menjelaskan Damia bukan diganggu oleh makhluk halus dan menasihati agar Damia dibawa ke hospital.

-Selepas 6 bulan-

Dek peristiwa itu, Mastura sentiasa diselubungi kesedihan. Air mata sentiasa menjadi peneman setia. Mastura masih terkenangkan akan suaminya, Jebat. Mastura dan kakaknya menziarahi perkuburan sambil menyedekahkan surah yasin. Setibanya di rumah, Aryan menyapa Mastura, namun sapaan itu tidak diendahkan Mastura. Mastura segera ke tingkat atas.

Di bilik, Mastura terimbas kembali sejarahnya bersama Jebat. Dia mengusap perutnya, dan berjanji akan menjaga anaknya dengan sebaiknya. Segala perkara buruk, dia akan menyimpan ke dalam diari hitamnya. Menyebut akan diari hitam, Mastura teringat akan sesuatu. Dia terus berkemas untuk kembali ke rumahnya, rumah dia bersama Jebat suatu ketika dahulu.

Mastura terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan Aryan. Aryan meminta maaf atas perbuatannya selama ini. Dia ingin menebus silapnya dan ingin menghantar Mastura ke rumah. Setibanya di rumah, Mastura memerhati sekeliling rumah. Setiap sudut rumahnya mengingatkan dia pada suaminya, Jebat.

Mastura menemui diari hitam yang tersimpan rapi di tepi katil. Setiap helai kata-kata yang terkandung dalam diari itu membuatkan hatinya sebak. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Pengakuan Jebat dalam diari itu meruntun hatinya. Mastura menangis teresak-esak.

Mastura membawa diari tersebut di tepi kolam. Dari belakang, seseorang berpakaian merah datang memeluknya. Susuk tubuh itu kelihatan..Jebat. Ya, itulah Jebat! Jebat mengusik Mastura bila mengetahui Mastura mencuri-curi membaca diarinya.

Mastura semakin sarat mengandung, bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak. Jebat pula sentiasa mengusik Mastura. Mereka kelihatan sangat bahagia. Selepas Mastura melahirkan anak, Jebat membuat kejutan untuk Mastura. Dia mengarahkan Mastura menutup matanya dan memberhentikan keretanya di suatu tempat. Jebat menyuruh Mastura membuka matanya. Jebat telah membeli rumah baru! Mastura sangat gembira dan teruja untuk tinggal di situ bersama anaknya yang comel.

--- Bukan Kerana Aku Tak Cinta TAMAT---

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir. Sinopsis akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta. ending Bukan Kerana Aku Tak Cinta. last episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta. gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta. pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Gambar drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sharnaaz Ahmad - Jebat
Nelydia Senrose - Mastura
Lisdawati - Hannah Maryam
Uwais Uqashah - Alex Yanz

Ending Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta memang suspens! Aku ingatkan Jebat mati. Rupanya hidup lagi. Ceh penat je aku nangis sengsorang. Dengan muzik baladanya, dengan jiwa lara Mastura yang kesunyian, dengan imbasan kisah-kisah lama antara Jebat dan Mastura. Apa pun, budak yang Mastura bawak masa tengok rumah tu comel sangat! Happy ending. Yey…

12 comments

ayu lum tgok ni. episod sblm last tu tgok sedutan akan dtg ayu dah sedih dulu dah.

rasanya ending malam tadi macam kelam kabut sikit... macam tergesa - gesa nak dihabiskan dalam tempoh 1 jam.

seriously ingatkan abang Jebat mati, tapi dia pergi kubur sapa tu ek?

Yeah, dah habis. Tapi ending dia buat suspend je. =D

ZH Blogger

hye yumida.. deqla kembali bersiaran.. tp rasanya x smpt nk komen2 entri yg lps.. sori eh.. deqla lom dpt hadiah yumida tu.. risau juga sbb yumida kata smua dah dpt..hukhuk.. maybe xde rezeki deqla.. owh drama ni.. deqla x smpt nk lyn.. tp ramai kata best.. smua jatuh cinta dgn watak jebat.. hoho..

itu le, ingatkan Jebat mati - tertiba baca diari - Jebat muncul, termangu222 juga memikirkannya............................ tetiba wujud

Mati2 ingat Jebat mati.. hehe ;D Nasib baik sik mati..

dah hbs dh kn cerita ni.. happy ending utk semua

lya tak ada tengok lagi..best ya

kubur tok ma dia. suspens kan..hihi

laa..ye ke. hope hadiah tu akan sampai dgn jayanya. mungkin esok, mungkin lusa..moga dipermudahkan segalanya. aah ramai org jatuh cinta kat jebat


EmoticonEmoticon