Konsert Kilauan Emas 4 – Minggu 1

Menghiburkan! Itulah definisi tepat bila menyaksikan Konsert Kilauan Emas 4 Minggu 1. Even di kalangan warga tua, namun persembahan mereka tak mengecewakan. Malah ada peserta yang tampak muda. Mengejutkan bila ada di antara merka yang buat persembahan cukup memukau! Sampai Datuk Ramli cakap diorang ‘too good!’. 13 peserta mempersembahkan pilihan lagu masing-masing.

 Konsert Kilauan Emas 4 Minggu 1 semuanya best-best. Mereka yang memikat hatiku semalam ialah Zain, Aziana dan Ben. Peserta Kilauan Emas Musim 4 iaitu Aziana aku lihat mempunyai personaliti yang menarik. Wajahnya ala-ala Arab. Juga iras penyanyi popular Nora. Ziana Zain memberikan komen nyanyian Aziana, ‘stamina seperti orang muda berusia 20-an’. Aku juga setuju dengan pendapat Ziana. Bila teringat kembali Raja Azura selaku pengacara Konsert Kilauan Emas Musim 4, mengusik Aziana..geli hati aku tengok. Kiut! Pssst! Jom tengok gambar mereka semalam. 

Konsert Kilauan Emas 4 – Minggu 1, ben, zain, aziana
Peserta Kilauan Emas Musim 4 di Konsert Minggu 1

Undian terkini peserta – di Konsert Kilauan Emas 4 Minggu 1
BEN
58.96%
NORDIN
57.02%
NAS
55.28%
ZAIN
54.47%
ARIP
52.51%
AZIANA
49.33%
WAKGAN
47.83%
HAYATI
40.55%
RAIDA
39.75%
JOI
34.41%
LEE WAH
39.29%
SILVA
38.83%
MAYA
38.23%
 Sumber: Astro Gempak

Pemarkahan Kilauan Emas Musim 4:
70% juri tetap
30% undian SMS penonton

Tahniah diucapkan buat Ben kerana berjaya berada di kedudukan teratas undian terkini Konsert Kilauan Emas 4 Minggu 1. Tengok semalam..hebat orangnya. Pandai main gitar, lontaran vokal jelas, menghayati lagu dengan sempurna.

Saksikan Konsert Kilauan Emas Musim 4
Hari: Rabu
Jam: 9.30 malam
Saluran: Astro Prima 105 & Maya HD 135

10 comments


EmoticonEmoticon