Cara mencantikkan bibir

Setiap orang inginkan bibir yang kelihatan cantik dan berseri. Namun, tidak semua mempunyai bibir sebegitu. Ada yang mengalami masalah bibir kering, bibir gelap dan bibir pucat. Lantaran itu, memberi kesan pada penampilan seseorang. Haa…jangan risau. Kini ada cara untuk mencantikkan bibir. Nak tahu cara mencantikkan bibir? Jom baca tip kecantikan di bawah.

Cara mencantikkan bibir, tip mencantikkan bibir

Tip mencantikkan bibir


1. Madu
Tahukah kengkawan semua, madu berfungsi untuk melembabkan bibir. Khasiat madu mengelak bibir daripada kering dan pecah-pecah. Cara untuk cantikkan bibir dengan menggunakan madu ialah sapukan madu di atas bibir sebelum tidur. Itu sahaja. Simple kan?

2. Vitamin C
Fungsi yang terdapat pada Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna menjadi gelap. Haa, rajin-rajinlah makan vitamin C sama ada melalui buah-buahan atau supplement vitamin C. Mudah-mudahan dapatlah menghilangkan bibir hitam dan mencantikkan bibir. Vitamin C berfungsi untuk mengatasi pigmen kulit yang menyebabkan pigmentasi dan mengurangkan masalah hyperpigmentation yang disebabkan matahari.

3. Mentega dan berus gigi
Jika bibir merekah dan berasa sakit, sapukan mentega atau produk tenusu untuk mengatasi rekahan sebelum tidur. Kemudian, ketika memberus gigi pada waktu pagi, beruskan juga permukaan bibir dengan menggunakan berus gigi secara lembut. Tip ini dapat membantu menyembuhkan bibir yang merekah dengan segera dan menghasilkan bibir yang cantik.
Sumber: Utusan & kredit foto 1 2

Cara mencantikkan bibir, tip mencantikkan bibir
Bibir cerah, cantik dan lembap

Itulah 3 cara mencantikkan bibir. Mudah dan senang! Semua orang boleh melakukan di rumah untuk mendapatkan bibir yang cantik! Bila bibir cantik, mood kembali ceria! Bibir yang cantik menambah pesona pada penampilan, lantas memberi kita keyakinan. Boleh juga taruk pelembap bibir dan lipstick. Kasi menyerlah gitu. Tapi jangan pakai lipstick merah sangat. Kang silau pulak mata orang. Hihi..

21 comments

muka npk ceria kalau bibir ader kaler2 sikit.. hehe..

Assalamualaikum yangg, sapukan madu? baiklah.nak try, tapi risau la pula lipas ke semut hurung kita masa tidur nanti. hahahhaaa ;p

ternyata caranya sangat mudah sekali ya :)

jangan lupa sentiasa pakai lip balm... he he he...

nice tips.. bibir deqla ni jenis cpt kering.. kena minum air byk2..huhu...

madu tu dulu nak try pastu terpikir, semut datang tak?? 0.o

nak letak kaler2 tpi jgn over hahaha

salam. hmm rasanya bibir sy dah cantik dah hahhahah gurau
nice tips!

very gd tips ni tq berkongsi yer, kalau KA sapu lip balm aje !

Salam....blh ikut tips2 ni...

Wanita dan kecantikkan, tak boleh nk dipisahkan...harus mencuba nie

Bibir wanita yg sihat dan merah sudah cukup memberikan pandangan seksi buat lelaki!

Sambil memberus gigi, sambil tu memberus bibir.. mudah juga tips tu Yumida... menarik.. :)

MESTI COMEL BIBIR NNTI..HEHE

petua yg menarik dan mudah utk diamalkan..

madu paling senang kut,, tp kna rajin je la.. hehe


EmoticonEmoticon