Jodoh 2 – drama Astro Ria & Maya HD

Drama bersiri JODOH 2 telah pun bersiaran di kaca tv. Korang ada tengok? Yang bestnya drama JODOH MUSIM KEDUA ni dilakonkan oleh Hanis Zalikha. Sure sweet! Jangan lupa u olls, saksikan Jodoh 2 setiap Isnin, jam 10 malam di Astro Maya HD 135 dan Astro Ria 104. Jom baca sinopsis Jodoh 2.

Sinopsis Jodoh 2

Drama Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh pertama. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’

Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi (Fadlan Hazim), seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan. Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara (Hanis Zalikha.

Gambar Jodoh 2

Jodoh 2 – drama Astro Ria & Maya HD, jodoh musim kedua

Jodoh 2 – drama Astro Ria & Maya HD, jodoh musim kedua

Pelakon Jodoh 2

Hanis Zalikha (Zara), Fadlan Hazim (Nik Fahmi), Jannah Nik (Elle), Alif Aziz (Syed Azmi), Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Ku Hariz (Megat) dan Susan lankaster (Nora).


Kelainan dalam Jodoh 2

Seperti mana program realiti, Jodoh 2, turut menitikberatkan konsep, penggunaan prop dan set bagi memenuhi kehendak cerita. Rumah Jodoh bertemakan konsep kemewahan. Jika  pada musim lalu menyaksikan peserta wanita menetap di rumah Jodoh, namun berbeza dengan musim ini, kerana ia dihuni barisan peserta lelaki pula.

Cabaran dalam Jodoh 2
Cabaran berbentuk fizikal. Peserta lelaki perlu menjalani pelbagai aktiviti luar yang mencabar seperti cabaran drift, membuat unggun api dan memasak di dalam hutan serta memakai sut di padang pasir.

Komen pemilihan pelakon Jodoh 2
Dari segi pemilihan pelakon, tidak salah sekiranya dia memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk mengasah bakat lakonan selain percaya dengan kebolehan mereka. Kerja dengan muka-muka baru sememangnya menarik, masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka bukannya tiada ada latar belakang dalam dunia lakonan malah Hanis dan Fadlan sebelum ini pernah berlakon sebagai watak pembantu dalam drama-drama yang lain. Para pelakon juga senang bekerjasama dan tiada masalah, gandingan di antara Hanis dan Fadlan juga mempunyai keserasian,” - pengarah Jodoh 2, Syed Khairul Fariz


Saksikan drama Jodoh 2
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Maya HD 135

10 comments

Hebat blogger Hanis Zalikha ni! Blog dye simple n best. Macam blog akak.

Best tok kali
Minggu dolok dah strt nak

kmk tgk sebab ada hanis zalikha! ;D hee

kmk tgk sebab ada hanis zalikha! ;D hee

This comment has been removed by the author.

owh...kira harga untuk Hanis Zalikha hanyalah RM500.000 jer ke??hehehe..sayangnya hanis zalikha amik offer nie..she's better than that..hehehe..menabung libresse sini...

Regards,
-Strider- -

Tak pernah tgok lagi. Mcam best je. Kena tengok nih lepas ni sbb ada hanis zalikha yg so the gorgeous. Hehe :)

Mcm tak berapa suka tgr citer nie..

fulamakkk.. suka tgk hanis zalikha ni.. simple & sweet org nya.. =D

kan best kalo citer ni ending elle together dgn nick..sbb diorang tu spdn lah,kalo zara tu dgn syed je lah..cite ni best kalo macam tu ending die..hehe..btw so cute janna nick n fadlan hazim..sweet,mcm png dbelah 2..huhu


EmoticonEmoticon