Aidil Zafuan – Nafkah RM2000 sebulan buat Rita Rudaini

Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka.

Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu. Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit.

'Saya mampu beri RM2,000 sebulan' - Aidil Zafuan, Aidil Zafuan – Nafkah RM2000 sebulan buat Rita Rudaini
Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan

“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” - Aidil Zafuan

Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.

Rita Rudaini, 38, sebelum ini menuntut RM5392 sebulan daripada Aidil Zafuan sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.
Sumber: Berita Harian 

Amount RM2000..banyak tu... Hope memasang mencapai kata sepakat dan persetujuan. Buat Aidil Zafuan, selamat pengantin baru. Ooops…lambat pulak nak bagi wish. Hihi.. Moga bahagia dan hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat.

10 comments

toleransi sangat penting berkaitan hal macam ni kan...

Fuhh... klu sama2 tak berfikiran terbuka & bertolak ansur dlm hal ni, mmg boleh jadi parah tu.. semoga sama2 dpt mencapai kesepakatan..

kena ada sefahaman & tolak ansur dlm hal2 mcm nie..byk tu 2000

hurm...apapun hope dapat bertoleransi...

Assalamualaikum.. rm2000 sebulan untuk 2 anak sebenarnya tak cukup. zaman sekarang kan mahal2 barang. lagi kalau anak masuk sekolah. fuhhh. hopefully mencukupi untuk perbelanjaan anak2 mereka tu. in shaa Allah ~~~

memang zaman sekarang semuanya mahal.. tapi rm2000 dah banyak sebenarnya.. apapun harap semuanya mcukupi untuk perbelanjaan anak2 mereka..

Assalamualaikum dik Yumida...utamakan perbelanjaan untuk anak2 dia dulu...

Moga dapat diselesaikan dengan sebaiknya


EmoticonEmoticon