Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta telah pun berakhir semalam. Sure korang tertanya-tanya, apa kesudahan drama ni? Apakah dugaan yang perlu ditempuh oleh Mastura dan Jebat dalam membina rumah tangga yang bahagia. Hidupkah Jebat selepas ditembak oleh Damia? Adakah Mastura akan melahirkan anaknya dalam drama ni? Penuh tanda tanya. Jom layan scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Jebat cedera selepas ditembak oleh Damia.

jebat cedera parah, Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Kecederaan yang dialami Jebat parah. Mastura tidak dapat mengawal emosinya. Pada masa yang sama takut kehilangan Jebat.

damia tembak jebat, Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Damia kelihatan seperti orang yang hilang akal. Selepas menembak Jebat, Damia kelihatan tidak tentu arah.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura bersedih nasib menimpa suaminya, Jebat.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura ditenangkan oleh kakaknya. 

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, damia bunuh jebat
Damia meracau-racau. Ibu dan ayahnya buntu bagaimana untuk menenteramkan Damia.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Tok imam menasihati ayah Damia agar segera membawa Damia menjalani ujian kesihatan di hospital. Ayahnya dimaklumkan, Damia bukan terkena gangguan makhluk halus.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Damia kini tinggal di hospital sakit jiwa. Dia masih terbayang-bayangkan kehadiran Jebat, membawa jambangan bunga ros buat dirinya.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura dan kakaknya menziarahi perkuburan. Mereka sama-sama membaca yasin. Terdetik di hati. Kubur siapakah ini? Adakah kubur Jebat??? Adakah selepas Jebat ditembak oleh Damia, dirinya turut terkorban? Mungkinkah, ketika Jebat cedera parah dan berada di pangkuan Mastura merupakan pertemuan mereka yang terakhir?

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Aryan cuba menyapa Mastura, tetapi Mastura tidak mengendahkan sapaan Aryan. Aryan merasa sangat bersalah.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Ketika Mastura cuba kembali ke rumahnya, Aryan mengejar Mastura dari belakang. Dia ingin meminta maaf atas segala kesalahannya terdahulu kepada Mastura.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura tiba di rumahnya. Setiap genap penjuru mengingatkan kenangannya bersama Jebat.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura menggapai diari yang pernah ditulis oleh Jebat.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Setiap patah perkataan luahan hati Jebat buat Mastura, membuatkan dirinya beremosi.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Ketika membaca diari Jebat, air mata sentiasa menjadi teman setia.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Kata-kata Jebat membuatkan Mastura semakin sedih.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Jebat mencoretkan luahan hatinya buat isterinya, Mastura. Coretan suatu ketika dahulu. Jebat berharap selepas ketiadaannya, Mastura akan membaca diari itu. 

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Sedang Mastura kesedihan di tepi kolam. Datang seorang lelaki dari belakang. Ya...itulah Jebat! Rupanya Jebat masih hidup!

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Jebat mengusik Mastura. Kerana Mastura terkantoi membaca diarinya. Sebab apa..Jebat telah memberitahu kepada Mastura bahawa selepas dia tiada lagi di dunia, barulah Mastura boleh membaca diari itu. 

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Heboh sekeluarga. Apabila Mastura ingin melahirkan anak. Semua kelam kabut menyediakan kereta.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Mastura berpantang, selepas melahirkan anak.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura, anak Jebat dan Mastura
Mastura dan Jebat bahagia dengan kehadiran bayi kecil mereka,

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura, anak Jebat dan Mastura
Inilah anak Jebat dan Mastura. 

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Jebat membuat kejutan untu Mastura dan menyuruh Mastura menutup mata. Selepas sampai ke destinasi, Jebat mengarahkan Mastura membuka matanya.

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura, anak Jebat dan Mastura
Jebat menunjukkan rumah baru mereka. Mastura sangat gembira!

Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat, Mastura
Inilah rumah baru Jebat dan Mastura. -TAMAT-



Sinopsis episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Jebat pulang ke rumah dalam keadaan berdarah. Dia cedera parah selepas ditembak oleh Damia. Melihat situasi Jebat, Mastura panik, pada masa yang sama dia tidak mahu kehilangan Jebat. Damia mengalami tekanan mental dan kini dirawat di Hospital sakit jiwa akibat rasa bersalah kerana menembak Jebat. Dalam pada itu, Aryan menyesali segala perbuatannya terhadap Jebat dan Mastura. Dia telah meminta maaf kepada Mastura.

Selepas balik dari menziarahi kubur, Mastura mengambil diari yang pernah ditulis oleh Jebat selama ini. Hatinya sayu…

Mastura membaca diari yang menceritakan segala-galanya tentang Jebat dan betapa sayangnya Jebat kepada Mastura. Mastura amat terharu kerana Jebat pernah mengatakan yang diari itu hanya boleh dibaca setelah Jebat tiada lagi di dunia ini. Air mata sentiasa berjuraian. Pengakuan Jebat dalam diari itu meruntun hatinya. Mastura menangis teresak-esak.

Mastura membawa diari tersebut di tepi kolam. Dari belakang, seseorang berpakaian merah datang memeluknya. Susuk tubuh itu kelihatan..Jebat. Ya, itulah Jebat! Jebat mengusik Mastura bila mengetahui Mastura mencuri-curi membaca diarinya.

Mastura semakin sarat mengandung, bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak. Jebat pula sentiasa mengusik Mastura. Mereka kelihatan sangat bahagia. Selepas Mastura melahirkan anak, Jebat membuat kejutan untuk Mastura. Dia mengarahkan Mastura menutup matanya dan memberhentikan keretanya di suatu tempat. Jebat menyuruh Mastura membuka matanya. Jebat telah membeli rumah baru! Mastura sangat gembira dan teruja untuk tinggal di situ bersama anaknya yang comel.

-Bukan Kerana Aku Tak Cinta- Tamat! -

10 comments

alamak , tak tengok la cite ni .

tak sempat tgk la.. ehehe
apa un endingnya happy

baru sempat tgok tengahari tadi..best2

Gimik lebih kan semalam.. tp akak dh baca novel dia so tahu la jebat tak akan mati pun..

wah bestnya plak endingnya kan

bestnya ending citer nih..


EmoticonEmoticon