Cintaku – Sinetron TV3

Cintaku merupakan tajuk Sinetron Indonesia yang sedang ditayangkan di TV3. Ni mak aku confirm peminat setia Sinetron Cintaku. Siap booking tv katanya turn dia tengok tv pukul 2 petang sampai 4 petang. Hihi.. Kontrak la tu. Pukul 2 petang drama Sinetron Indonesia Cintaku, pukul 3 petang pulak drama Filipina. Jom baca sinopsis Sinetron Cintaku, yang bikin emak aku cair menontonnya.

Sinopsis Cintaku

Lestari adalah gadis cantik tetapi sangat nakal. Lestari tinggal bersama Ranti (Moudi Wilhelmina) di kawasan miskin. Ranti bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Divo dan Naomi (Willa Julaiha). Mereka mempunyai seorang anak bernama Nadya (Gecha). Divo adalah seorang anak muda dan berjaya sebagai seorang ahli perniagaan. Divo tinggal bersama kakaknya iaitu Fanny (Arumi Bachsin) dan ibu mertuanya iaitu Ocha (Uli Auliani).

Suatu hari, Naomi terbunuh dalam kemalangan kapal terbang. Kematian Naomi membawa kesedihan dan trauma yang mendalam dalam keluarganya terutamanya Karin. Karin menyalahkan Divo sebagai punca kematian Naomi.

Pada suatu hari, Lestari terserempak dengan Divo apabila mahu mencuri roti untuk diberikan pada kanak-kanak miskin. Kemudian Lestari menggunakan Divo untuk membantu dirinya melarikan diri. Divo marah dengan sikap Lestari dan berharap tidak akan bertemunya lagi. Tanpa diduga, mereka sekali lagi ditakdirkan bertemu semula. Lestari datang ke rumah Divo untuk memberikan pakaian yang telah dikeringkan. Rupa-rupanya, Divo merupakan majikan Ranti.

Divo masih beranggapan Lestari seorang pencuri dan bercadang membawa Lestari ke balai polis. Namun, Lestari berjaya menyakinkan Divo yang dirinya tidak seperti itu. Di rumah, Lestari Lestrai berusaha menenteramkan kawan-kawannya yang sedang sedih apabila mengetahui kediaman miskin mereka akan dimusnahkan oleh Ikbal (Boy Tirayoh). Iqbal berhasrat untuk menubuhkan sebuah kampus baru di kawasan itu. Walaupun beliau telah memiliki tanah, Iqbal masih memberikan pampasan bagi orang-orang yang tinggal di sana. Lestari membantah dan membaling kaca ke kereta Iqbal sehingga mencederakan salah seorang pekerjanya.

Iqbal menyerahkan Lestari ke balai polis dan ditahan dalam penjara. Mengetahui hal itu, Ranti meminta bantuan majikannya iaitu Divo untuk membebaskan Lestari. Atas pujukan Divo, Iqbal membebaskan tuduhan ke atas Lestari. Lestari akhirnya dibebaskan. Mendengar sahaja kisah Lestari ditahan di penjara, penduduk kampung mula memulaukan Lestari. Mereka sudah jemu dengan perangai nakal Lestari yang suka mencuri. Melihat situasi itu, timbula rasa belas kasihan Divo terhadap Lestari. Lestari di bawa tinggal di rumahnya.

Karin menentang keputusan Divo. Dia masih membenci Divo kerana baginya Divo penyebab Naomi mati. Divo tetap berkeras dengan keputusannya. Dia juga sudah berjanji dengan Ranti untuk memberikan tempat tinggal, perlindungan dan pendidikan yang terbaik untuk Lestari. Semenjak Lestari tinggal di rumah itu, bermacam agenda Karin untuk mengusir Lestari dari situ.

Setiap masalah yang timbul di antara Lestari dan Karin, menjadikan hubungan Lestari dan Divo bertambah akrab. Divo mula jatuh cinta kepada Lestari. Mengetahui perkara itu mencetuskan rasa marah di hati Karin. Baginya, dia tidak suka orang menggantikan tempat Naomi. Karin menggugut Divo untuk melenyapkan Lestari atau dia akan pergi dari rumah. Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain, Divo akhirnya menghantar Lestari ke rumah ibu bapa angkatnya iaitu Iqbal dan Nindy (Fiona Rosalina).

Namun, di situ juga kehadiran Lestari mendatangkan masalah. Dara (Indah Ayu Putri) anak kepada Nindi pensyarah di Jakarta menganggap Lestari sebagai pesaingnya. Dara menyimpan perasaan terhadap Divo.

Dara dan ibunya berimpian menjadi orang kaya dan kerana itulah dia ingin mengahwini Divo. Bagi merealisasikan matlamat itu, Dara mula memberi masalah kepada Lestari. Dia cuba mengusir Lestari dari rumah Iqbal dan Nindi. Kehadiran Lestari  di rumah itu menyebabkan hubungan Iqbal dan Nindi bertambah tegang. Akhirnya dia pergi membawa diri demi kebaikan mereka semua. Pada masa yang sama, hubungan Lestari dan Divo menjadi kukuh, mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Jamal (Revand Narya), menyukai Lestari cuba untuk merogol Lestari. Tetapi Lestari berjaya melarikan diri. Jamal mengalami kecederaan kerana dipukul oleh Lestari. Jamal berpura-pura buta dan mengancam akan melaporkan Lestari kepada polis. Oleh kerana takut maka Lestari meminta Jamal agar tidak melaporkan hal itu ke pihak polis. Jamal memberi syarat bahawa mereka mesti berjumpa setiap hari.

Dara melaporkan kisah pertemuan yang kerap antara Lestari dan Jamal kepada Divo. Divo menyaksikan dengan matanya sendiri antara pertemuan Lestari dan Jamal. Lalu terus memutuskan hubungan mereka. Lestari menjadi sedih, terutama apabila melihat hubungan intim antara Divo dan Dara.

Lestari berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan lakonan buta Jamal telah berjaya dihidu. Divo gembira dan meninggalkan Dara demi mendapatkan semula Lestari. Dara menjadi marah dan kecewa, kerana sebelum ini Divo berkahwin dengan wanita lain iaitu Naomi. Bukan dirinya. Malah, sekarang Divo pula bersama dengan Lestari . mereka berdua merancang ingin berkahwin. Baru sahaja ingin mencipta kebahagiaan bersama Lestari, mereka menerima berita besar. Naomi masih hidup! Apakah cerita seterusnya? Adakah perancangan untuk berkahwin antara Divo dan Lestari diteruskan? Saksikan Sinetron Cintaku di TV3.

Gambar Cintaku
sinetron tv3 cintaku, Bunga Zainal sebagai Lestari, Jonathan Frizzy sebagai Divo

Pelakon Cintaku
Bunga Zainal sebagai Lestari
Jonathan Frizzy sebagai Divo
Indah Ayu Putri sebagai Naomi/Riska
Bayu Kusuma Negara sebagai Rama
Uli Auliani sebagai Dara
Arumi Bachsin sebagai Fanny
Eza Gionino sebagai Andre
Boy Tirayoh sebagai Iqbal
Moudy Wilhelmina sebagai Nindi
Willa Julaiha sebagai Karin
Viona Rosalina sebagai Lasya
Metty Djumiati sebagai Ranti
Geccha Q sebagai Nadya
Revand Narya sebagai Jamal

Saksikan drama Sinetron Cintaku
Jumlah episod: 48
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 2.00 petang hingga 3.00 petang
Saluran: TV3

9 comments

ermm best jugak laa citer nih..kekdg lyn jap..

hehehe same laah, suka tgok cerite ni hihik walaupun indon punya berbelit0belit story dia tu, haha

eka kat opis ni, ada tv. Pasang untuk public. Tapi atas kepala eka je ni. Kekadang sambil buat keje, dengar suara2 dr cite ni. Terlayan gak haha

Geram tgk drama Indonesia tok!!!! ;D hee

tak banyak yaa episod, tak macam cinta fitri tu hahaha

waahhh... hmpir terpsedaya lg ngan tajuk diaa.. mcm wayang melayuu. nasib ada letak sinetron, cnfirm laa citer indon kan.. =D


EmoticonEmoticon