Drama Hello Mr Perfect Dikritik Penonton

Drama Hello Mr Perfect bakal tamat tak lama lagi. Masa promo Hello Mr Perfect dihebahkan di laman Facebook TV3, fuh berpeluh aku baca komen penonton. Dari awal komen sampai habis, semuanya berbaur negatif. Ni kalau hero dan heroin drama Hello Mr Perfect baca, mau menangis jadinya. Huhuhu..

Sejarah berulang lagi! Kalau dulu drama Playboy Itu Suami Aku dikritik hebat oleh penonton, kali ni giliran drama Hello Mr Perfect. Pelakonnya adalah orang yang sama. Fattah Amin memegang watak sebagai Izzul. Suami kepada Alya (Ruhainies).

Menurut kritikan penonton, lakonan Fattah Amin masih kaku. Sehingga ada yang gelarkan drama tersebut Hello Mr Kayu. Kelakar pulak aku baca komen tu. Memandai je diorang ni. Malah ada juga yang tak suka lakonan Ruhainies yang membawa watak utama drama Hello Mr Perfect ni. Pendek kata, gabungan kedua-dua hero dan heroin drama ni tidak mendapat tempat di hati peminat.

Bagi aku sendiri, aku pun ada juga follow drama Hello Mr Perfect ni untuk episod 1, episod 2, episod 3 dan semalam episod ke berapa entah.. Komen aku, drama ni kurang menarik untuk ditonton. Faktor pelakon drama tersebut kot. Kurang memberi kesan, kurang memberi impak pada jiwa yang menontonnya. Lakonan Ruhainies ok, cuma agak rimas dengan pembawaan 2 watak dengan 1 muka yang sama. Mungkin kalau watak 1 lagi tu dipegang orang lain, jalan ceritanya menjadi lebih menarik.

Drama Hello Mr Perfect TV3 dikritik hebat oleh penonton! Komen peminat yang tak sabar drama Hello Mr Perfect tamat – the end -
Komen salah seorang penonton yang tak sabar drama Hello Mr Perfect ni tamat
Boleh baca komennya di sini
Paling mengejutkan komen ni mendapat 2,612 LIKES!
Beserta 157 REPLIES dari pembaca

Sinopsis Hello Mr Perfect drama tv3 slot akasia, pelakon dan gambar drama Hello Mr Perfect tv3, ost lagu tema drama Hello Mr Perfect tv3, gambar novel Hello Mr Perfect
Gambar pelakon yang membintangi drama Hello Mr Perfect TV3

Harap pelakon drama Hello Mr Perfect mengambil kritikan penonton sebagai sesuatu yang positif. Menambah mutu kualiti lakonan. Menjiwai watak diberikan sepenuh hati. Berlatih dan banyakkan berlatih lagi. Hope Fattah Amin yang super hensem lagi kacak bergaya sukses dalam dunia lakonan. Begitu juga Ruhainies, moga sukses dan sehebat kakaknya berlakon iaitu Nur Risteena Munim. Minggu mendatang akan start drama terbaru berjudul Akulah Balqis. Tak sabar nak tengok. 

8 comments

betul tu yumida.Akak pun rasa cam tu.Lakonan tak best.Tapi cerita ni kalau baca novel, endingnya bikin nangis juga.

Yang sedih nya drama yang diadaptasi dari novel ini langsung tidak mengikut jalan cerita dalam novel, itu yang tak best kak huda .

saya pun tak suka cerita tu. really fake dan tak realistic langsung. Mana ada org baru kahwin boleh dapat rumah semewah tu. Tak kira la dia anak orang kaya ke, pewaris saudagar ke apa...scene dia semua dilatari perabut mewah, kreta mewah. It's not happening in our real life. saya buka pun sbb nak dengar azan mgrib while im in the kitchen preparing dinner for my husband. sambil2 tu la tertengok dan my comment is: RUBBISH

Ena malas nak layan cerita melayu.. Benda sama je memanjang cerita nya...

Kamek sik nangga pun cita tok Yumida

Tak tengok pon. Lagi menyampah dengar lagu tema citer ni.

tak layan sangat pun cerita nih.. tak rasa excited nak tengok langsung..


EmoticonEmoticon