‘1,
2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ulas bawang merah nak kupas kulitnya dulu, then nak
simpan dalam peti ais. Bila nak guna nanti senang, just ambil je dalam peti ais’.
Tetibe ada insan menegur. “Eh banyaknya bawang merah ko guna. Aku masak makanan
pakai 1 bawang je”.
Motif
teguran adalah suatu pembaziran kalau masak makanan pakai bawang banyak-banyak.
Tapi dia tak tahu, yang bawang-bawang tu semua aku nak simpan dalam peti ais,
yang sebahagian je untuk digunakan memasak.
Berapa
jumlah bawang merah diperlukan dalam resepi masakan aku bergantung pada jenis
masakan. Kalau sayur rebus, aku letak setengah je bawang merah yang bersaiz ibu
jari. Ataupun 1 ulas bawang merah bersaiz kecil. Kalau masak sayur tumis
belacan, aku akan guna 2 -3 ulas bawang merah. Kuantiti masakan sayur untuk 4
orang.
Jadi amatlah
tidak logik kalau aku nak tumis sayur guna 9 ulas bawang merah. Tu bukan sayur
namanya, tu tumis bawang merah semata-mata. Penggunaan bawang dalam masakan
sebagai penambah rasa, penyedap untuk masakan. Kalau letak sikit je, tak ada
rasa beb. Tak ummph! Letak banyak pun tak sedap. Sedang-sedang je letaknya.
Teringat masa zaman dulu-dulu time baru nak
belajar masak. Tak tahu macam mana nak bezakan sayur tu dah masak ke belum. Punya
la lama sayur tu dalam kuali. Sampai hitam jadinya. Hangit! Hahaha..
7 comments
great
singgah pagi
banyak tu kalau nak guna sampai banyak tu..hehehe...bg akak 1 je dah cukup..tu pun bawang yng kecik2..
salam, is suka bau merenggit bawang kena tumis kalau boleh nak letak banyak2 bawang hehehehe.
www.iskandarx.com.my
haha.. yumida! tahniah.. yumida dah buat teman baca entri yumida hanya sebab ternampak tajuk ni je.. hehehe
Hihihi...kan..takkan nak guna bawang banyak2..huhuhu
klu kmk ikt mood ..kmk suka mkn bwg merah,kadang2 letak bnyk jgk :D
Diana tengok pada yang nak di masak...kalau nak masak sambal mesti nak guna bawang merah banyak²...hihi
EmoticonEmoticon