Sinopsis
Drama Kampung Semarah Padi TV1 Slot Murni | Kampung
Semarah Padi mengisahkan penduduk
kampung telah terkena sumpahan. Kasim telah dihalau oleh ketua kampung, namun Mariam
tetap setia menanti kepulangannya.
Sekolah Tahan Marah menerusi drama Kampung Semarah Padi TV1 |
Setelah pemergian Kasim yang dihalau
oleh Penghulu Siak, seluruh penduduk kampung Semarah Padi hidup dalam keadaan
lembut selembutnya akibat sumpahan yang dikenakan. Penghulu Siak cuba
memulihkan keadaan dengan mengusahakan Sekolah Kawal Lembut namun usahanya
tidak berhasil.
Tidak lama selepas itu penduduk
kampung menjumpai Kasim yang terdampar lemas di tepi pantai. Kasim dibawa ke
rumah penghulu Siak untuk dirawat, namun ketika itu Kasim mengalami amnesia.
Kasim telah hilang ingatan.
Ingatan Kasim pulih kembali apabila sebiji
buah cempedak jatuh menimpa kepalanya. Kasim menarik balik sumpahan yang
dikenakan ke atas penghulu Siak dan penduduk kampung. Kasim meneruskan usahanya
memulihkan keadaan penduduk kampung dan kembali memimpin Sekolah Tahan Marah.
Johan Ashari antara pelakon drama Kampung Semarah Padi TV1 |
Keadaan pulih kembali dengan penduduk
kampung kembali kepada keadaan asal mereka iaitu marah semarah marahnya kecuali
Penghulu Siak dan Sudin yang kekal di dalam keadaan lembut. Sudin yang malu
dengan keadaan dirinya yang lembut menaruh dendam terhadap Kasim dan merancang
untuk menculik Mariam.
Sudin bersahabat dengan Akam, seorang
asli yang tinggal dipinggir kampung dan mula menuntut ilmu dengannya. Sudin
menculik Mariam dan mengenakan sihir ke atasnya. Mariam yang terkena guna guna
jatuh cinta dan hampi- hampir berkahwin dengan Sudin, namun dapat diselamatkan
oleh Kasim.
Sudin ditangkap dan diusir dari Kampung
Semarah Padi, Sudin menaruh dendam dan berazam untuk menuntut bela setelah
diaibkan. Sekolah Tahan Marah masih diteruskan.
Kasim masih meneruskan usahanya
memulihkan keadaan marah penduduk Kampung
Semarah Padi, namun keadaan penghulu Siak masih kekal lembut. Penghulu Siak
kelihatan lebih gembira dengan keadaan dirinya sekarang berbanding keadaan dirinya
dahulu yang sentiasa dalam kondisi marah.
Sudin yang kini tinggal dipinggir
kampung bersama Akam mula menyusun langkah untuk membalas dendam akibat
diaibkan oeh penghulu Siak dan penduduk kampung. Sudin pulang ke kampung dan
mengenakan sihir ke atas Kasim, Penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung
akan hidup dalam keadaan malu semalunya sebagaimana dia dimalukan sebelum ini.
Sihir Sudin menjadi dan hiduplah penduduk kampung dalam keadaan malu semalunya
kecuali penghulu Siak yang kekal dalam keadaan lembutnya.
Sekolah Jangan Malu menerusi drama Kampung Semarah Padi TV1 |
Sekolah masih diteruskan dengan
tema barunya Sekolah Jangan Malu setelah seluruh penduduk kampung terkena sihir
Sudin dan Akam.
Penghulu Siak
yang kekal dalam keadaan lembut berusaha memulih dan mematikan sihir Sudin dan
Akam dan akhirnya usahanya membuahkan hasil dan kembalilah keadaan marah
penduduk kampung sebagaimana keadaan mereka sebelumnya. Sihir yang dikenakan
Akam kembali terkena pada dirinya dan mulai saat itu Akam menjadi malu
semalunya.
Sudin dan Akam yang berada dalam
keadaan lembut dan malu semalunya cuba meracuni fikiran Wak dan mempengaruhinya
untuk mengambil tempat penghulu Siak sebagai penghulu Kampung Semarah Padi.
Wak yang mula termakan hasutan Sudin mula
berkempen dengan penduduk kampung untuk menjadi penghulu.
Wak menggunakan warungnya sebagai
tempat menjamu penduduk dan memgambil hati mereka supaya dilantik menjadi
penghulu. Akhirnya penghulu Siak memutuskan agar pilihanraya dijalankan bagi
memilih siapa yang layak menjadi penghulu Kampung Semarah Padi. Sekolah Tahan
Marah Kasim dijadikan tempat pembuangan undi.
Wak menang di dalam pilihan raya dan
dilantik menjadi penghulu baru Kampung Semarah Padi. Setelah beberapa lama
menjadi penghulu Wak yang takut akan pengaruh penghulu Siak dan Kasim menghalau
mereka keluar dari kampung.
Sekolah
Tahan Marah masih diteruskan di bawah pimpinan Sudin namun keadaan mereka
menjadi bertambah buruk, kemarahan tidak dapat dikawal.
Sudin kemudiannya melantik dirinya
sebagai penghulu Kampung Semarah Padi.
Semenjak
itu Sudin yang lembut itu menjadi penghulu Kampung Semarah Padi dan mula
mengutip cukai dari setiap penduduk kampung.
Sekolah
Tahan Marah masih diteruskan dibawah pimpinan Akam dan setiap pelajar dikenakan
yuran.
Penduduk kampung yang tidak berpuas
hati dengan pimpinan Sudin mula memberontak. Wak membawa Kasim dan penghulu
Siak pulang ke kampung dan tidak lama selepas itu penghulu Siak dilantik semula
sebagai penghulu Kampung Semarah Padi.
Sudin yang tidak mahu mengalah
menggesa supaya pilihraya diadakan sekali lagi bagi memilih penghulu dan kali
ini Penghulu Siak menang dan dilantik menjadi penghulu. Sudin
meninggalkan kampung dengan perasaan malu dan berazam untuk membalas dendam. Tonton
segalanya menerusi drama Kampung
Semarah Padi di kaca tv anda.
Pelakon
Drama Kampung Semarah Padi TV1
Sabri Yunos
Sheila Mambo
Johan Ashari
Khir Rahman
Intan Ladyana
Zain Hamid
Azizah Mahzan
Mariani Ismail
Gambar
Drama Kampung Semarah Padi TV1
Saksikan Kampung Semarah Padi Slot murni
Jumlah episod drama Kampung Semarah
Padi: 13 (episod akhir)
Tarikh Kampung Semarah Padi
mula disiarkan: 13 November 2015
Hari: Jumaat
Jam: 3.05 petang
Saluran: TV1
1 comments so far
singgah petang (@_@) http://elehh.blogspot.my/ # http://jmbelog.blogspot.my/
EmoticonEmoticon