Sinopsis Cerekarama Hai Lah Menantu TV3

Sinopsis Cerekarama Hai Lah Menantu TV3 | Hai Lah Menantu mengisahkan Imran (Kamal Adli) ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. 

Sinopsis Cerekarama Hai Lah Menantu TV3, pelakon dan gambar drama Hai Lah Menantu TV3, telemovie Hai Lah Menantu TV3
Tonton cerekarama Hai Lah Menantu di TV3 
Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja (Kartina Aziz) untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah (Amyra Rosli), seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? Tonton segalanya dalam cerekarama Hai Lah Menantu di kaca tv anda.

Pelakon Cerekarama Hai Lah Menantu TV3
Kamal Adli sebagai Imran
Amyra Rosli sebagai Aminah / Brader Amin
Kartina Aziz sebagai Puan Seroja
Kismah Johar
Elisha Sandha

Gambar Cerekarama Hai Lah Menantu TV3
Sinopsis Cerekarama Hai Lah Menantu TV3, pelakon dan gambar drama Hai Lah Menantu TV3, telemovie Hai Lah Menantu TV3
 Hai Lah Menantu menampilkan Amyra Rosli sebagai Aminah, gadis tomboy

Saksikan cerekarama Hai Lah Menantu
Tarikh Hai Lah Menantu disiarkan: 14 November 2015
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam