Kisah Duit Belanja Sekolah 30 Sen

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?
Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya ..
duit 30 sen

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 

Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan. Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
(Perkongsian dari WhatsApp)

Mulia sungguh hati budak sekecil ini. Moga kita juga mencontohi dirinya.

7 comments

Subhanallah..nilai duit itu berbeza mengikut orang dan tarafkan yumida..bila raya belum keluar pintu dan koyak sampul duit..nampak 3 ringgit pun cebik bibir..Allahu..ini 30 sen boleh sedekah..besar hati budak tu..

taching nya baca.. huhu

Deep sungguh. Masa first leya baca ni kat twitter pun dah nangis.

saya dulu rm1 je time kat sekolah. member ada yang sampai rm5 pun ada

Kan.. betapa mulianya hati budak tu.. kita boleh ajar anak2 mcm tu jgua.. tp kena sediakan bekal juga utk mereka

sedihnya hm. Blogwalking sini :) & follow sini. Jom ke blog ayu :)

sedihnya kan, tu lah kadang-kadang kita mengeluh lagi ramai yang jauh lebih susah dari kita .


EmoticonEmoticon