Jangan Ditanya Soalan Sensitif Pada Mereka Yang Belum Dikurniakan Zuriat

Ada rakan-rakan anda yang dah berkahwin? Tapi mereka belum dikurniakan cahaya mata? Belum mempunyai anak. Belum bergelar ibu walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin. Pertanyaan soalan, ‘kau ni bila nak beranak? Seronok eh hidup single takde anak, mesti puas enjoy. Pastinya soalan sebegini membuatkan rakan kita tadi berasa kurang senang.

Apatah lagi jika diajukan soalan panas yang benar-benar sensitif bagi mereka. Jika sekadar ingin tahu, tidak mengapa. Bertanyalah dengan cara yang baik. Janganlah sampai memerli si dia. Mereka yang sudah berkahwin, belum dikurniakan rezeki anak..ingatlah, setiap orang mempunyai bahagian rezekinya masing-masing. Malah setiap dari kita sudah tertulis suratan takdir, jika Allah telah menetapkan seseorang itu lambat mendapat anak, janganlah kita mendesak rakan kita dengan bermacam persoalan hingga membuatkan dia terasa hati.

Pertanyaan soalan sensitif lagi panas mengenai anak pada pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum mempunyai zuriat, dugaan orang berkahwin!
Pertanyaan soalan sensitif lagi panas mengenai anak pada pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum mempunyai zuriat, dugaan orang berkahwin!

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, ya..soalan-soalan sebegini memang menambah stress. Pernah seseorang bergurau dengan anaknya yang masih kecil dengan mengatakan, “adik (anak dia) nak tinggal dengan kakak ni? (merujuk aku). akak ni tak ada anak. Nanti puas adik main dengan kakak ni”. walaupun sekadar bergurau, tapi gurauannya itu amatlah membuatkan aku rasa kurang selesa. Malah ada yang bergurau kasar, “kau tak pandai buat seks kot, tu pasal tak dapat anak”.

Jadi, sebelum kita berkata-kata, bertanyakan soalan sensitif lagi panas pada mereka yang masih di duga dalam mendapatkan anak, berfikirlah dahulu agar ianya tak mengguris perasaan rakan kita.

Apatah lagi jika si rakan kita tadi dah bermacam usaha dalam mendapatkan zuriat. Makan jamu, supplement, berurut, rawatan kesuburan, pun masih belum ada rezeki anak lagi. Fahamilah mereka. Berpada-padalah dalam bertanya.

pengalaman jadi ibu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, selepas 6 tahun berkahwin, akhirnya Allah makbulkan doaku. 29 Julai 2015, lahirlah baby comel bernama Amirah Alya. 

Ini kisahku..

12 comments

itulah Yumida, dulu akak selalu salah tanya soalan ni.Sekarang akak dah lebih sensitif.Lebih elok kita tunggu respon kawan kita tu kalau-kalau buka ceria pasal anak.Kalau takde tu, tak payahlah nak buat peramah sangat.

bila dah ada anak satu tanya pulak bila nak tambah lagi. begitulah seterusnya. cie boleh andaikan orang camni low IQ. sorry to say la.

thanks Yumida memahami apa yang dilalui oleh mereka yang takde zuriat.

Alhamdulillah...tahniah dah dapat baby ye, doakan saya juga :)

Yang penting sabar..akak masa baru setahun kawen , tak mengandung2 pun orang kata macam2....6 tahun lagi lama..Alhamdulillah, ada rezeki untuk Yumi sekeluarga..

PG almost 6 tahun kawen. memang ada yang bertanya mengenainya. tapi PG akan selalu think positive. inshaAllah. punya anak atau tidak punya anak, bukan jalan penutup untuk kita merasakan bahagia kan ;) yang penting kita selalu kena think positive. thanks share artikel ni dear yumida :)

Indeed, tak perlu pun nak sibuk sangat ambil berat hal2 yang terlalu sensetif kan :)


EmoticonEmoticon