Harga & Status Halal Ketam Nipah

Harga ketam nipah adalah berbeza mengikut tempat. Ada yang mahal, ada yang jual ketam nipah murah. Contoh macam kat tempat aku ni, ada orang jual ketam nipah 1kg RM10 je. Murah kan? Saiznya sederhana besar. Memang puas la makan isi ketam tu.

Sabtu lepas, hb beli 2kg ketam nipah. Kena order dulu, nanti bila time musim ketam diorang akan hantar tempahan ketam nipah. Biasanya, ketam nipah ni aku masak bersos, memandangkan aku malas nak makan benda-benda manis, so ketam nipah tu aku rebus je. Pun sedap jugak! Tak makan nasi pun. Meratah ketam nipah sampai kenyang! Erk..kenyang…

Gambar Ketam Nipah
Harga ketam nipah 1kg, status halal ketam nipah, bolehkan ketam nipah dimakan orang Islam, masakan ketam nipah, gambar ketam nipah, beza ketam nipah dan ketam batu, ketam batu haram dimakan
Foto ketam nipah

Status Halal Ketam Nipah
Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Ketam nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.

Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Sumber: Ketam nipah dan ketam batu

Beza Ketam Nipah dan Ketam Batu 
Harga ketam nipah 1kg, status halal ketam nipah, bolehkan ketam nipah dimakan orang Islam, masakan ketam nipah, gambar ketam nipah, beza ketam nipah dan ketam batu, ketam batu haram dimakan

Alhamdulillah, ketam nipah memang halal dimakan. Cuma ketam batu je tak boleh dimakan (haram). Ketam nipah ni kan, makin besar makin sedap! Terutama kat bahagian cairan otak kuning tu. Pergh! Mabeles! 

5 comments

Kat sini pun harga ketam boleh tahan murah juga. Puas jugak makan :)

sedapnya .. sy selalu beli ketam yg jual kat pasr..x tau jenis ketam apa

This comment has been removed by a blog administrator.

Suka makan ketam masak lemak.....sedap....


EmoticonEmoticon